Rabu, 10 April 2013

APA ITU KUNDALINI REIKI????





Orang sering berkata “tidak kenal maka tidak cinta”. Oleh itu saya akan terangkan kepada anda apa itu Kundalini Reiki dengan ini anda dapat lebih mengetahui pengertian sebenar Kundalini Reiki.??

Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sangkrit yang bermaksud “gulungan”.

Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perineum).

Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya dan saat itu, anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda.

Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga.
Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta.

Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.

Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi.

Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga Reiki Rundalini.

Selepas proses pengaktifan dilakukan, tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra Mahkota.

Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.



KUNDALINI REIKI LEVEL 1


  • Attunement yang pertama ini membuka saluran penyembuhan untuk membolehkan penyaluran energy reiki.
  • Kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan. 
  • Saluran utama tenaga dari cakra mahkota ke Cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan kundalini reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan kundalini reiki peringkat 2 (Kundalini Reiki Level 2). 
  • Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir, sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan kundalini reiki level 1.
  • Anda akan diajar dengan lengkap bagaimana untuk melakukan rawatan penyembuhan secara langsung dan secara jarak jauh. 
  • Kundalini Reiki Level 1 adalah bersamaan dengan attunement USHUI Reiki level 1, 2, 3.




KUNDALINI REIKI LEVEL 2

  • Saluran reiki telah diperkuatkan.
  • Mula terjadinya pembangkitan kundalini dimana kenaikkan ‘api’ kundalini minima ke cakra pusar (solar plexur).
  • Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini dalam Kundalini Reiki Level 3.
  • Anda juga akan diajar meditasi khusus untuk menaikkan ‘api’ / energi. (syarat attunement : minima 2 hari selepas attunement Kundalini Reiki Level 1)


KUNDALINI REIKI LEVEL 3


  • Attunement sebelumnya telah diperkuatkan dan cakra tenggorok, pusar, seks, dan akar telah dibuka.
  • Mula berlaku pembangkitan penuh kundalini hingga ke cakra mahkota.
  • Anda akan diajar cara memberi attunement kepada batu Kristal agar mampu bertindak sebagai saluran reiki. (syarat attunement : minima 10 hari selepas attunement Kundalini Reiki level 2)



Berikut adalah silibus Kundalini Reiki yang akan dipelajari:-


KUNDALINI REIKI LEVEL 1
  • Self healing / penyembuhan diri sendiri
  • Merawat orang lain
  • Rawatan jarak jauh
  • Memutuskan hubungan energi dengan pesakit
  • Grouding/buang energi tidak diperlukan
  •  Penyembuhan hubungan karma
  • Penyembuhan situasi/kualiti

KUNDALINI REIKI LEVEL 2

Sama seperti di atas dan tambahan seperti berikut:-
  • Meditasi Kundalini Reiki
  • Pembersihan unsur negatif dalam rumah/bilik


KUNDALINI REIKI LEVEL 3

Sama seperti di atas dan tambahan seperti berikut:-
  • Diamond Reiki
  • Crystalline Reiki (Reiki Kristal)
  • DNA Reiki
  • Birth Trauma Reiki (Reiki trauma kelahiran)
  • Location Reiki (Reiki Lokasi)
  • Past Life Reiki (Reiki Kehidupan Lampau)
  • Balance Reiki
  • Attunement kepada objek
  • Attunement kepada murid/orang lain
  • Gold Reiki
  • Alir dan simpan energi Reiki

Kundalini Reiki mempunyai pelbagai tujuan lagi antaranya  :-
    
  • Membuat pendinding kepada harta dan diri
  • Untuk rezeki dan kekayaan
  • Penarik cinta dan pengasihan
  • Meningkatkan karisma diri
  • Peminjam membayar hutang
  • Mengaktifkan panca indera ke-6
  • Membuat kapsul reiki
  • Membuat tali pinggang pendinding
  • Parking vip
  • Pelbagai tujuan lain malah 1001 tujuan / matlamat / masalah boleh diselesaikan dengan kundalini reiki

Anda juga akan diajar bonus keilmuan tambahan  iaitu:-

  • Gold Reiki Level Master
  • Tenaga Dalam Ilahi (Tendai) Level Dasar
  • Amalan Selawat Murah Rezeki Ilham Sejati
  • Amalan Penumbuk Sepemikul Ilham Sejati
  • Ilmu Riadhah Tembus Pandang Ilham Sejati

MASTER MOHD AZRUL BIN MAZLAN
Master Kundalini Reiki
Master Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)
Master Ismu Ahzom
ilhamsejati.blogspot.com


Usaha, Pasrah, tawakal....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...