Jumaat, 30 Ogos 2013

Aktiviti Facebook


Salam sejahtera kepada semua dan moga dianugerahkan keamanan dan kegembiraan selalu hendaknya..

Untuk pengetahuan semua selain belajar Kundalini Reiki secara berhadapan atau pun dengan cara jarak jauh, kami di ILHAM SEJATI juga menggunakan Facebook Ilham Sejati Reiki/Kundalini Reikimelalui akaun tertutup bagi membolehkan pembelajaran Reiki dibuat sepanjang masa bersama-sama dengan ahli yang lain..

Pembelajaran ini sudah tentu PERCUMA tanpa apa-apa bayaran tersembunyi..

Antara apa yang kami lakukan adalah:

  • Berkongsi pengalaman baru
  • Berkongsi ilmu baru 
  • Mengulangkaji ilmu Reiki
  • Membantu rakan lain dengan Reiki
  • dan banyak lagi..

Antara contoh apa yang kami buat di FACEBOOK :-































Ini sebagai bukti bahawa anda tetap diajar oleh saya sendiri sampai bila-bila (selagi jiwa dikandung badan...) disamping anda dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang lain. Anda hanya bayar RM300 untuk pakej penuh Master Kundalini Reiki ( Rujuk Pakej Ilmu) dan saya akan terus mengajar anda tanpa apa-apa bayaran tambahan atau tersembunyi.. Itu Janji yang Pasti..

Jadi terus hubungi saya SEGERA...

Usaha, Pasrah, Tawakal..





Pramerdeka dan Pascamerdeka



Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat HARI MERDEKA kepada anda semua....

Kemerdekaan ke-56 memberi impak kepada sesetengah daripada kita namun masih ramai memandang ia sekadar satu aktiviti yang menjadi adat kerana ia disambut setiap tahun. Walhal, ia sebenarnya merupakan cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. Kita mungkin mengadakan perarakan membawa sepanduk-sepanduk yang bertulis Merdeka!, berjalan lebih sekilometer dan berkumpul memperingati hari itu. Tetapi adakah ia sebenarnya cara yang wajar digunapakai bagi memperingati hari bersejarah ini? 

Saya ingin membawa pembaca peristiwa tatkala berlaku di sekitar tahun 50an dahulu dimana ketika itu ramai pejuang-pejuang yang kita kenal bahkan ramai juga yang tidak tersenarai di buku-buku sejarah muncul semata-mata untuk berjuang demi mencapai atau mengarap KEMERDEKAAN..

Mereka tetap berjuang walhal peluang untuk menang cuma kecil tetapi mengapa mereka tetap berbuat demikian??? Ini kerana mereka tidak mahu anak cucu mereka menjadi hamba tatkala penjajah mengaut untung. Mereka mahu anak cucu mereka berjuang demi untuk meningkatkan taraf hidup tatkala ketika itu mencari beras secupak pun mungkin sukar sekali. mereka lah pejuang Pramerdeka. mereka hidup dan melihat sendiri kemerdekaan itu dan berjuang bersama-sama untuk mendapatkannya. Bukan mudah seperti makan kacang tetapi terlalu sukar. Bahkan nyawa sendiri bagai berada dihujung tanduk..tidak perlulah penulis mengingatkan pembaca kepada peristiwa-peristiwa berdarah yang berlaku sepanjang waktu itu kerana kita lebih maklum dan mempelajarinya. Namun mungkin lupa atau leka sahaja.

Kini zaman pascamerdeka, dimana hidup kita bebas daripada penjajah dan boleh kemana sahaja sesuka hati. Kita kena ingat adakah kemerdekaan ini kekal selamanya. kita mungkin menjawab YA..walhal sebenarnya kita mungkin sekali lagi dijajah dalam versi baru..Mengapa penulis berkata begitu? Kerana kita lihat sahaja sekeliling kita..berapa banyak dalam sehari kes-kes buang bayi, rogol, khalwat, bunuh, mengedar dadah, rasuah dan sebagainya yang terpampang di dada-dada surat akhbar???? ia berlaku terlalu banyak dan semakin meningkat dari sehari-kesehari. Pemimpin-pemimpin memerah otak untuk mencari jalan keluar dari kemelut ini dan ada yang sampai botak kepala, heart attack semata-mata kerana hal ini.. mengapa kita tidak melihat ia daripada sudut Islam..?? Penulis bukan lah pandai bab-bab agama sekadar memberi pendapat..

Agama jika dipegang pasti jalan yang dilalui lebih sempurna. Islam itu sendiri bermakna sejahtera. ini bertitik tolak kepada diri kita sendiri. tahun ini merdeka jatuh pada hari puasa tetapi berapa ramai antara kita berdoa untuk keselamatan bumi Malysia ini? Berapa ramai antara kita menangis tatkala mengharap keampunan dari tuhan? berapa ramai antara kita berfikir dan merenung dosa-dosa silam? 

"manusia ni hidup nakkan 3 perkara je, 1 nakkan senang, 2 nak  menang dan ke 3  kenyang.." 

Itu kalimah seorang guru penulis suatu ketika dahulu. semua manusia mengharapkan hidup senang, jika berlawan akan menang dan makan mesti kenyang tetapi sedikit sangat dari kita memperolehinya dengan cara yang diredahi..kita selalu nya akan mengunakan apa juga cara demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. kadang-kadang banyak cara yang digunakan adalah salah sama sekali. Islam menyeru umatnya untuk hidup sederhana tetapi tidak melarang umatnya mencari kemewahan cuma perlu berlandaskan syariat.



Rasanya cukup disini, kita perlu mengetuk hati-hati kita dan berfikir untuk mencari keredaan Allah dan bukan kemurkaan-Nya.. diharapka kemerdekaan ini menjadikan mereka yang hidup di zaman pramerdeka dan pascamerdeka tetap berganding bahu dan ingat-mengingati untuk tidak lalai dan leka dalam kehidupan ini. mari kita berdoa kepada Allah agar Malaysia tetap aman dan selamat hingga ke akhir zaman. Amin...


Usaha, Tawakal, Pasrah..

Khamis, 29 Ogos 2013

Kemelut Umat Islam




Salam sejahtera kepada semua moga bertambah sihat dan gembira disamping keluarga hendaknya..

Pertama-tamanya mari kita ucapkkan SYUKUR kepada Allah kerana masih menghidupkan kita sehingga kehari ini dengan pelbagai nikmat yang indah. Moga kita tidak lupa dan alpa dengan nikmat-nikmat itu yang saya kirakan sebagai UJIAN yang membuatkan kita ingat atau lupa yang kita sebenarnya HAMBA kepada-NYA. Ingatlah janji kita semasa masih di dalam rahim ibu dimana kita berjanji kita adalah hamba dan Allah adalah tuhan kita. Turuti iman dalam kehidupan dan bukan sekadar nafsu sebagai pemangkin jalan. InsyaALLAH..

Kemelut yang berlaku kepada umat Islam kita makin meruncing. Saban hari kita dipertontonkan dikaca tv kisah-kisah menyayat hati. Bom, senjata api, penembak tepat, pembunuhan beramai-ramai, dan yang terbaru penggunaan bom kimia di Syiria. Yang membuatkan kita SANGAT-SANGAT marah adalah sasaran kebanyakan terdiri daripada anak-anak kecil, perempuan dan warga emas. APA kejadah JADI macam TU..???





Sebagai manusia yang waras dan walau apa jua agama anda. mari kita renung dan timbang APA TINDAKAN KITA SEBAGAI MANUSIA SEJAGAT????

YA, kita tidak mampu mengangkat senjata. Namun begitu setidak-tidaknya kita mampu berdoa bukan?? Bagi orang Islam, doa adalah senjata umat. Jadi saya menyeru diri saya dan anda agar bersama-sama kita terus berdoa untuk kesejahteraan manusia sejagat..

Lakukan semampu yang boleh. Jika ada badan-badan yang mengutip derma seperti TABUNG PALESTIN, jangan kedekut pulak. Berilah berapa sahaja yang mampu. Setidak-tidaknya kita ada menyumbang sedikit..

Akhir kata saya, ayuh kita lakukan apa juga termampu oleh kita untuk kesejahteraan segenap manusia di dunia ini. Hari ini hari mereka, esok lusa mungkin kita pulak. Hidup bagai putaran roda. Jangan sombong dan ego jika berada di atas kerana anda mungkin akan ke bawah apabila tiba masanya..

Sekian dari saya,

Usaha, Tawakal, Pasrah..




Selasa, 27 Ogos 2013

HUKUM TARIKAN (LAW OF ATTRACTION) & REIKI..



Salam hormat dari saya untuk anda. Moga anda beroleh kejayaan dan kesenangan. Mulakan diri anda dengan senyum sokmo..jangan le sedih-sedih ye..

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang HUKUM TARIKAN dan REIKI..

Antara sedar dengan tidak sebenarnya kedua-dua terma ini saling berkait..Dalam tidak sedar sebenarnya anda menggunakan salah satu terma-terma di atas. Sebagai contoh, jika anda teringatkan seseorang kawan lama yang sudah lama tidak dihubungi, tidak semena-mena dia menelefon anda..Contoh kedua, anda teringin sangat untuk makan KFC, keinginan anda membara dan secara tiba-tiba kawan anda membelanja anda.. Malah banyak lagi sebenarnya contoh Hukum Tarikan (Law Of Attaction - LOA) yang anda gunakan setiap hari.

Hukum Tarikan atau LOA adalah hukum alam ciptaan Illahi yang wujud mengikut sunatullah-Nya. Tahukah anda Rasulullah SAW juga mengaplikasikan hukum tarikan??

Dari Abu Hurairah ra, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau diam......"

Hadis diatas menyatakan jika kita mahu bercakap perlu dengan kata-kata yang baik jika tidak sebaiknya diam sahaja. Kata-kata yang baik akan menghasilkan tenaga positif yang disebarkan dari dalaman seseorang. Dalam positif akan mengeluarkan getaran positif. Contoh mudah, jika anda berada dalam keadaan tenang dan gembira, anda akan berkata yang  baik dan tersenyum sahaja tetapi sebaliknya jika anda tertekan dan stress, jangan ada silap sikit mesti anda melentengkan??


Manusia mempunyai getaran disekeliling tubuhnya, getaran ini terhasil daripada aura yang wujud daripada dalaman manusia sendiri. Sama ada ia positif atau negatif tergantung sejauh mana tubuh anda ekspirasikannya.Itu sebab aura kita boleh menentukan sama ada kita sakit atau tidak..

Getaran positif akan menarik getaran positif yang sama nilai dengannya. Ini hukum tarikan yang kita perlu yakini. Cuba anda berkata dalam hati dengan yakin "AKU BERTUAH!!" ucapkan seberapa yang boleh..Apa yang anda rasa? Anda akan rasa tenang dan puas kan?? Daripada kata-kata yang baik itu wujud medan getaran positif dalam diri anda. Getaran positif ini diungkapkan melalui perasaan anda serta seterusnya sikap anda berubah menjadi lebih berkeyakinan. Tubuh anda lebih mudah tersenyum dan bersopan santun. Seterusnya anda mempengaruhi orang disekeliling anda untuk rapat kepada anda kerana anda telah mengunakan HUKUM TARIKAN dimana getaran positif anda menarik getaran positif yang sama nilai dengannya. 

Aplikasi di atas bukan sahaja untuk menjernihkan hubungan malah anda boleh gunakan HUKUM TARIKAN untuk menarik apa sahaja yang dihajati seperti kekayaan dan kesenangan.

Kuasa tarikan bergantung kepada tenaga getaran yang anda keluarkan sama ada ia kuat atau tidak. Semakin kuat ia, semakin mudah hukum tarikan bekerja untuk anda. Dengan mempelajari KUNDALINI REIKI, anda boleh menguatkan tenaga getaran anda. Reiki membolehkan anda manupulasi tenaga alam untuk menguatkan medan getaran anda. Malah, jika anda mempunyai getaran negatif, reiki akan memulihkan ia menjadi positif.

Untuk lebih memahaminya anda perlu menpelajari KUNDALINI REIKI..

Hubungi saya segera di talian 013-9053982




Khamis, 22 Ogos 2013

Yakin Kepada Allah



Salam sejahtera kepada semua moga dilimpahi rahmat daripada-Nya. Kepada-Nya kita datang kepada-Nya kita akan kembali. Dalam bulan mulia ini (syawal), kita dikejutkan dengan kisah-kisah sedih yang berlaku saban hari. Beberapa minggu yang lalu kejadian rumah terbakar pengasas Vida Beauty yang meragut nyawa 2 orang anaknya dan pembantunya. Baru beberapa hari dahulu, kejadian bas terjunam di laluan ke Genting Highland yang menyebabkan seramai 37 orang maut. Malah banyak lagi kejadian yang ngeri untuk ditatap dan dibaca di muka surat akhbar setiap hari dalam minggu ini..

Mari kita memohon keampuan kepada Allah dan merenung seketika amal kebajikan kita selama ini. Ramadan sudah berlalu, namun adakah kita masih berada di takuk lama apabila Syawal menjelma??

Adakah kita masih mempersalahkan tuhan dan orang lain kerana "kealpaan" diri kita sendiri??

Saya ini mengajak anda semua merenung seketika keyakinan kita kepada Allah. Pada level mana agaknya keyakinan itu??

Hadis Qudsi hadrat junjungan Nabi Muhammad SAW bersabda ertinya:
"Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba-Ku dan Aku bersama mereka apabila mereka mengingati-Ku" ( Riwayat Muslim)

Kita cakap kita percaya kepada Allah tetapi kita tidak yakin dengan-Nya. Kita tidak lakukan hak-hak-Nya. Solat banyak tinggal, mengaji quran kurang, selawat tiada, malah kita makin jauh daripada-Nya..

Percaya dan Yakin adalah dua kata yang berbeza sama sekali. Percaya hanya sekadar luaran tetapi Yakin adalah dalamannya. Apa hati anda percaya belum tentu ia akan yakin..

Jadi mari kita ukur sejauh mana percaya dan yakin kita..

Moga anda dan saya menjadi HAMBA yang percaya dan yakin kepada-Nya..aminn..


Usaha, Tawakal, Berserah..







Selasa, 6 Ogos 2013

PAKEJ ILMU YANG DITAWARKAN

KUNDALINI REIKI LEVEL MASTER


BERAPA YANG PERLU ANDA BAYAR SEBAGAI MAHAR UNTUK SEMUA KEILMUAN DIATAS????

RM1000

RM500

RM400

HANYA RM300

DENGAN HANYA RM300 ANDA AKAN DIAJAR

KUNDALINI REIKI LEVEL MASTER DAN KESEMUA KEILMUAN DI BAWAH SECARA PERCUMA:

·         GOLD REIKI LEVEL MASTER
·        TENAGA DALAM ILAHI PERINGKAT DASAR
·        AMALAN SELAWAT MURAH REZEKI ILHAM SEJATI
·        AMALAN PENUMBUK SEPEMIKUL ILHAM SEJATI
·        ILMU RIADHAH TEMBUS PANDANG ILHAM SEJATI
·        BONUS MP3 MEDITASI @  BRAINWAVE
·        HADIAH MISTERI

ANDA BAYAR UNTUK 1 ILMU TETAPI DAPAT 7 ILMU PERCUMA YANG LAIN 

PAKEJ 1 + 7


APA YANG AKAN ANDA DAPAT??


·        MANUAL BERCETAK
·      MP3 (CARA DOWNLOAD)
·        GARAM ASMA’
·        SIJIL PENYERTAAN
·        HADIAH MISTERI
·       
PEMBELAJARAN BERTERUSAN SECARA PERCUMA MELALUI ONLINE ATAU OFFLINE SELEPAS TAMAT BELAJAR 

·        BAYARAN POS PERCUMA



MENGAPA KEILMUAN SAYA MURAH?

·        SAYA SEKADAR INGIN BERKONGSI KEILMUAN
·        MAHAR HANYA UNTUK KOS-KOS OPERASI
·        SAYA TIDAK MENJUAL ILMU
·        SEKADAR INGIN MENAMBAH KAWAN


MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR REIKI DENGAN SAYA?

·        MAHAR SAYA ANTARA YANG TERMURAH
·        REIKI TIDAK MEMESONGKAN AGAMA
·        SAYA AKAN BERKONGSI ILMU SEHINGGA ANDA MAHIR
·        TIADA CAJ-CAJ TERSEMBUNYI
·        ANDA MUNGKIN AKAN DAPAT KEILMUAN TAMBAHAN DARI SAYA TANPA APA-APA MAHAR PUN
·        BOLEH BELAJAR JARAK JAUH
·        SAYA AKAN AJAR SEPERTI SEORANG KAWAN DALAM KEADAAN SANTAI



*****************************************

Yakin, Usaha, Pasrah





SeLaMaT hArI rAyA dArI sAyA mAsTeR mOhD aZrUl uNtUk aNdA sEmOgA dIlImPahI dEnGaN aUrA kEgEmBiRaAn DaN keCeRiAaN....iNsYaALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...