Rabu, 30 Oktober 2013

Allah Ada Di Mana-mana


Hari-hari kita dihujani dengan berita bencana alam yang berlaku yang dipaparkan di kaca tv dan helaian suratkhabar. Berita yang mengerunkan saban waktu kedengaran di halwa telinga. Kematian beribu orang tidak berdoa asbab bencana alam sebegitu mengundang pelbagai tanggapan. Ada yang positif dan banyak yang negatif.

Mengapa semua ini berlaku??

Lihat disekeling kita. Muasabah diri dan tanyakan iman. Sebenarnya tangan-tangan manusia lah punca terjadinya kejadian sebegini. Tangan yang rakus dan tamak mengejar kekayaan dunia yang tiada kunjung cukupnya. Jika diberi segunung emas, nescaya akan dimintanya segunung emas lagi. Kepuasan yang dicari tidak akan kunjung tiba. 

Kita kata kita takut kepada Allah tetapi sering kita berbuat kerosakan yang mengundang murka-Nya. Ingat! Allah ada di mana-mana. Allah melihat setiap perilaku hamba-Nya.

Mari kita pastikan iman kita di tahap mana?

Jangan lihat jauh tetapi lihat yang terhampir dengan kita. Kita perlu pastikan diri kita dan keluarga kita sempurna dengan iman kepada Allah Yang Esa. 

Moga kita dapat dikekalkan dengan iman kepada-Nya

Yakin, Usaha, Pasrah



Sabtu, 26 Oktober 2013

Law Of Attraction siri 2


Law Of Attraction merupakan ilmu berkenaan sunnahtullah yang telah ditetapkan oleh Allah yang akan berlaku sesuai dengan keadaan dan situasi semasa. Ia sebenarnya bukanlah keilmuan baru tetapi telah dikembangkan oleh Nabi-nabi dahulu kala lagi mengikut versi yang sesuai dengan zaman tersebut sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Hukum tarikan memberi kelebihan kepada setiap manusia untuk menjadi seperti apa yang mereka inginkan. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Sama ada POSITIF atau NEGATIF.

Anda perlu kawal perasaan dan emosi anda sesuai dengan apa yang anda inginkan. Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan:
  • Senyum dengan ikhlas
  • Jika anda resah "bermonolog" dengan diri anda perkara yang positif seperti cakap dalam hati "All Is Well..." secara tegas dan berulang
  • Berkawan dengan kawan yang positif
  • Amalkan meditasi mudah hanya kosongkan minda dan nikmati udara melalui pernafasan anda
Tulisan saya sebelum ini Klik Sini 

Cukup dulu sampai disini.. Bersambung di kemudian nanti.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 22 Oktober 2013

Law Of Attraction


Law Of Attraction atau Hukum tarikan merupakan term yang selalu kita dengar. Ada yang percaya dan ada juga tidak percaya.. Terpulang..

Hukum tarikan menyatakan apa sahaja yang kita rasa sama ada positif atau negatif akan menarik getaran seumpama dengannya.

Jika anda merasa runsing pada hari ini, cuba anda perhatikan betul-betul apa yang akan berlaku. Pasti masalah yang "bertimpa-timpa" akan anda hadapi pada hari tersebut. Semangat kurang, tiba-tiba tayar kereta pancit, lampu isyarat sentiasa merah, kena marah bos, kawan buat lupa hutang lama, orang nak pukul, dan macam-macam lagi hal-hal negatif akan dihadapi.

Sebaliknya cuba anda lebih positif pada hari yang lain. Rasakan perasaan yang elok-elok. Fikir perkara yang mengembirakan, Baca cerita yang melucukan dan menyeronokkan anda. Nikmati hidup seoptimumnya. Anda akan rasakan perbezaan hari sebelumnya yang sukar dijangkakan.

Anda hanya perlu kekalkan RASA yang harmoni, gembira, seronok dan sebagainya setiap hari. Rasakan, Nikmati apa sahaja yang membuatkan anda LEGA. 

Jangan ada RAGU-RAGU dalam kehidupan anda. Jauhi sikap tersebut jauh-jauh.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Anda adalah penentu apa yang akan anda hadapi kini dan masa hadapan. Tuhan tidak akan mengubah nasib anda selagi anda tidak mengubahnya.

Moga anda tergolong dalam golongan yang POSITIF dan bertambah BAHAGIA untuk selamanya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 21 Oktober 2013

Reiki Penyembuhan Alami

Reiki membawa maksud  tenaga alam semesta. Secara fitrahnya tenaga alam digunakan oleh manusia secara tidak sengaja atau sengaja setiap hari.

Anda bernafas dengan udara ciptaan Tuhan dan menjana udara oksigen yang diserap oleh darah bagi menjalankan fungsinya. Jantung akan mengepam darah beroksigen dan membekalkannya kepada semua oragan-organ di tubuh anda. Tiada satu pun yang tertinggal.

Matahari membekalkan cahaya bagi proses fotosistensis dimana tumbuhan membuat makanan dan kita akan menjadikan tumbuhan ini sebagai makanan yang kelak membekalkan kita tenaga.

Air yang diminum kita akan menjadikan tubuh mampu mengerakkan kitaran sistem tubuh dengan sempurna. Air membersihkan tubuh dari toksik dan kotoran secara semulajadi dengan cara pembuangan air kencing dan peluh. Organ utama tubuh sangat memerlukan air untuk membolehkan ia menjalankan tugas secara optimum.

Setiap hari kita bergantung dengan tenaga alam sekitar. Ini adalah lumrah secara semulajadi ciptaan Tuhan. Seorang pengamal Reiki mengalirkan tenaga Reiki dengan hanya niat secara lisan. Pengamal akan menjadi medium tenaga Reiki untuk mengalir dan perlu diatur-atur. Tenaga Reiki akan mengalir menuju ke kawasan yang memerlukan. Secara semulajadi tenaga Reiki ini akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk melakukan "Penyembuhan Diri Sendiri".

Secara alaminya Reiki membantu tubuh untuk kekal sihat. Kemampuan tubuh untuk sihat dapat dirasakan oleh pengamal selepas diberikan "penyelarasan" oleh Master Reiki. Imunisasi tubuh ditingkatkan bagi melawan penyakit. Dengan itu, pengamal tidak mula diserang penyakit seperti demam atau batuk. Jika berlaku pun, badan akan mudah untuk sembuh.

Semoga anda akan bertambah SIHAT dan kekal berjaya hidup di dunia dan akhirat..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Sabtu, 19 Oktober 2013

Khasiat Buah Anggur Segar


Ramai di antara kita gemar makan buah anggur. Rasanya manis dan menyegarkan. Namun begitu adakah kita tahu khasiat buah anggur??

Berikut adalah khasiat buah anggur segar:

  • Menghilangkan bau mulut
  • Mencairkan lendir dan kahak
  • Menghilangkan rasa lenguh dan letih
  • Menghilangkan perasaan marah
  • Kulit menjadi kuning langsat (kecantikan)
  • Menguatkan emosi
  • Mengubati batuk ringan
  • Menghilangkan rasa pedih pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Menguatkan usus dan memudahkan penghadaman
  • Menguatkan hati dan jantung
Makan secara sederhana dan jangan berlebihan. Amalkan secara konsisten.

Selamat beramal..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 18 Oktober 2013

Rumahtangga dan Keikhlasan


Salam semua,

Saya tertarik dengan cerita Saidina Ali dan Fatimah Az-zahra.. Keduanya merupakan pasangan suami isteri dan dijamin akan masuk syurga. Namun begitu, mereka tetap bersusah bersenang bersama. Cinta yang dipupuk berdasarkan iman walau diuji sebesar mana pun beban tetap akan utuh sepanjang masa. 

Ada satu cerita berkaitan 2 orang ahli syurga ini dimana sewaktu Fatimah teringin makan roti, Ali pun pergi ke pasar membeli sebuku roti. Semasa berjalan pulang, Ali berjumpa peminta sedekah yang lapar. Lalu Ali memberi sepotong roti kepadanya. Begitulah seterusnya, Ali berjumpa lagi peminta sedekah dan memberi sepotong roti sehingga bekalan roti yang dibawa balik habis disedekahkan. Apabila balik, Ali memberitahu Fatimah yang dia menyedekahkan semua roti kepada orang miskin. Fatimah dengan tenang hanya tersenyum. Fatimah tetap ikhlas walaupun terpaksa menahan lapar. Allah Maha Besar, seketika kemudian Allah mengantikan sebuku roti itu dengan beberapa buku roti yang lain dengan menghadirkan seseorang secara tiba-tiba ingin memberikan roti kepada orang-orang kampung.

Begitulah kisah tauladan, keikhlasan sepasang suami isteri dalam melayari bahtera berumah tangga. Walaupun diuji dengan apa jua dugaan tetap ikhlas menerimanya.

Cuba kita lihat di zaman sekarang. Banyak kes-kes penceraian berlaku saban hari. Malah ia umpama "trend" masa kini. Cuba bayangkan majlis kahwin diadakan dengan begitu "gah' sehingga puluhan ribu tetapi selang beberapa bulan sudah terdengar berita perpisahan.

Kenapa jadi begini??

Kerana tiada keikhlasan. Berkahwin bukan kerana suruhan Allah tetapi kerana "NAFSU" semata-mata. Cinta manusia yang berlebihan menyebabkan mata hati buta sehingga lupa kepada Allah.

Berbanding cerita-cerita kisah dahulu, berkahwin disulami cinta kerana Allah dan Rasul. Umpama cerita Ali dan Fatimah diatas. Meraka walupun tidak kaya tetapi ikhlas dan menyintai pasangan seadanya.

Moga cerita ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita untuk merenung sejauh mana kita ikhlas di dalam bercinta. Jangan biarkan kita dikuasai nafsu kerana kelak kita akan menyesal..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..



Khamis, 17 Oktober 2013

SENSASI SEMASA BELAJAR REIKI


Salam sejahtera semua….

Saya selalu dihujani dengan pelbagai soalan berkaitan sensasi semasa belajar Kundalini Reiki.

Antara soalan yang diajukan adalah:

“Saya nak tanya, saya buat meditasi dan terasa macam ada sesuatu warna oren kuning menyerlah warnanya tetapi tiba-tiba bertukar kepada warna hitam. Apa maknanya sebab saya keliru.??”

“Saya terasa tapak kaki sebelah kanan saya macam bergetar dan terasa sedikit kebas. Kenapa yer??”

“Selepas terima attunement dari Master Azrul, semasa meditasi nampak warna putih bersinar masuk melalui jantung saya. Kenapa ye….??”

Sebelum saya menjawab terus soalan ini mari kita berkenalan dulu dengan istilah yang selalu kita dengar semasa belajar Reiki iaitu KUNDALINI.

Banyak diperkatakan bahawa Kundalini adalah suatu kekuatan luar biasa yang terdapat dalam tubuh seseorang. Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “gulungan”.

Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perinum).

Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif, ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya. Maka proses “pembersihan” energi berlaku ke tahap optimum ketika ini.

Cuba anda bayangkan anda hidup dari bayi hingga kini? Anda yang sudah hidup 19 tahun, 24 tahun, 30 tahun malah lebih dari itu pun ada. Sepanjang anda hidup pernahkah anda membersihkan saluran energi anda? 

Ia sebenarnya umpama saluran air yang mengalir. Kalau sudah berpuluh-puluh tahun tidak dibersihkan apa yang akan terjadi?

Mesti ada yang tersumbat dan mengalami “kerosakan” di bahagian-bahagian tertentu. Dan tidak hairanlah semasa proses “pembersihan” energi anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda. Jadi ini adalah jawapan tepat bagi soalan di atas.

Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan dan ia akan ketara untuk beberapa ketika.

Tetapi, setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas dengan penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi. Betulkan??

Moga pencerahan ini bermanfaat untuk semua..


Yakin, Usaha, Pasrah..



Selasa, 15 Oktober 2013

Mencari Tuan Empunya


Kelam hati ini tatkala berjaga
Melihat ke luar penuh sayu
Mata berkaca untaian di hati
Adakah kiranya syurga disana?

Mencari makna terkira rasa
Memakmur aku hati ini jua
Gusar gundah lagi rasanya
Curiga akukah hamba-Nya?

Rasa merasa nikmat-Nya
Lupa syukurnya dibibir tiada
jauh dihati akan bicara
Mana hilang nikmat-Nya kini?

Tunduk ke bumi malu
Menongkak ke langit tiada
Lemah berkata jauh bicara
Insan itukah dia, aku?

Coretan puisi ini cuma
Wacana kiasan dalam dada
Jangan dicuri rasanya hilang
Mencari tetap di sangkarnya
Agar tidak aku lupa

Akulah hamba dan
Dia adalah Tuan Empunya
Sedar aku belum lambat
Selagi kerongkong alurnya nafas
Jangan hilang sisa
Nanti tiada guna

-Coretan dari hati diriku-



Ahad, 13 Oktober 2013

Foto Attunement Terbaru

Salam hormat untuk semua.. Baru-baru ini saya telah mengadakan attunement atau disebut penyelarasan tenaga Kundalini Reiki secara berdepan kepada dua orang pelajar iaitu Puan Liliyana Mohammed Said untuk Kundalini Reiki level master dan Cik Azelia Abdullah untuk level 1.

Keduanya daripada Kluang, Johor.. Terima kasih kerana sudi untuk belajar Kundalini Reiki bersama saya walaupun pada mulanya mereka tersesat jalan..hehehe.. Biasa lah jalan tak biasa..

Berikut adalah antara foto semasa attunement berjalan:



Proses meditasi dijalankan



Pelajar sedang "melayan" helaan nafas semasa meditasi



Master Azrul sedang menyelaras energy


Kundalini Reiki juga dapat dipelajari secara jarak jauh. Terpulang kepada pelajar mana yang lebih mudah. Saya mampu untuk berikan penyelarasan bagi jarak jauh mahupun berdepan. Anda juga akan dilayan seperti "kawan" siap boleh minum-minum lagi..

Ok sekian dulu..


Yakin, Usaha, Pasrah




Jumaat, 11 Oktober 2013

Lama Tidak Bersenam??

Hari-hari kita disibukkan dengan tugas-tugas harian. Pergi kerja, balik kerja. Itu lah rutin harian kita setiap hari. Kadang-kadang ada juga yang buat "part time job" untuk tambah pendapatan. Sibuk dan tiada masa untuk diri sendiri.

Dalam sibuk-sibuk menjalankan tugas seharian, pagi tadi saya sempat pergi ber"jogging". Saya sekadar berjalan cepat lebih kurang sejam. OK lah kan. Lenguh-lenguh juga kaki dibuatnya. Almaklum lah dah lama tidak melakukan aktiviti kecergasan. 

Bagi orang seperti saya yang sibuk memanjang, sebelum melakukan senaman anda perlu:
  • Lakukan regangan ringkas bagi mengelakkan kecederaan pada otot.
  • Lakukan senaman ringan terlebuh dahulu. Jangan mula-mula terus lari pecut 100 meter.
  • Jangan bersenam disulami makan umpama "jalan-jalan cari makan".
  • Lakukan senaman pernafasan selepas lakukan senaman ringan. Anda perlu nikmati sahaja pernafasan anda.
  • Lakukan senaman secara ringan selama seminggu dulu. Lepas tu, baru mulakan senaman berat.
Tip-tip ini dapat menjadi tanda aras untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak memulakan aktiviti kecergasan. Yang penting "Lakukan walaupun sedikit tetapi konsisten".

Sekian dulu, moga anda sihat dan cergas selalu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 10 Oktober 2013

Yuran Murah Ada Yang Complain??


Salam aura untuk semua.

Saya baru-baru ini dapat maklumat dari seorang Sifu Otai Reiki yang mana yuran Reiki untuk level MASTER hanya RM70!!!!

Terkejut jugak kalau macam tu.. Macam jualan murah le pulak.. Master-master Reiki di Malaysia kini berdepan dengan masalah Yuran. Berapa perlu diletakkan untuk seisi pembelajar yang dijalankan?? Ada yang sehingga ribuan ringgit bertujuan "menjaga kualiti" katanya. Ada yang letak ratusan ringgit dan tidak kurang juga yang letak puluh-puluh ringgit je. Masing-masing dengan pendapat dan matlamat masing-masing.

Semua itu tidak salah. Ia perlu sesuai dengan apa yang kita berikan kepada "Bakal-bakal Pelajar" nanti. Sama ada benar atau sekadar janji manis. Jangan sampai menjerat diri pulak. Nanti mula timbul dalam surat khabar, ada yang tidak puas hati belajar ilmu-ilmu metafizik sebab Mahaguru "janji tak serupa bikin"..

Jangan sebab cuka setitik, rosak susu sebelanga. Nanti buruk pulak master-master yang betul-betul ingin mengajar dan berkongsi ilmu dengan pelajar. 

Kepada master-master yang menawarkan khursus-khursus ilmu Metafizik terutamanya Reiki  harus "beri seperti yang dijanjikan". Anda perlu mengajar dan berkongsi ilmu dengan pelajar sehingga mereka boleh "berdiri dengan kaki sendiri". 

Kepada bakal-bakal pelajar Reiki pula perlu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Hormat kepada guru dan jaga adab-adab berguru. Biar dapat berkat dari ilmu.

Reiki bukan ilmu "magic". Jika nak sesuatu anda perlu juga berusaha. Reiki adalah asbab sekiranya berhasil. Allah jualah yang memakbulkan setiap pemintaan.

Moga dapat tauladan sedikit sebanyak hendaknya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 8 Oktober 2013

BERUBAH UNTUK APA????


Salam aura untuk semua. Ketenangan ketenteraman dilimpahi untuk anda. Insya-ALLAH..

Setiap hari kita mendengar orang berkata perkataan "berubah".. Berubah untuk menjadi kaya, berubah untuk jadi pandai, berubah untuk cantik dan berbagai-bagai lagi.

Berubah untuk mencapai satu-satu tujuan atau maksud adalah bagus sekiranya ia di tujukan untuk mencapai redha Maha Pencipta. Berubah lah untuk jadi apa sahaja yang baik-baik asalkan anda tidak terpesong dari landasan seorang "hamba"

Seorang "hamba" bertanggungjawab kepada "Pemiliknya". Perlu patuh dan taat akan perintah-Nya. Tidak melanggar arahan dan tunduk dengan suruhan-Nya.

Kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari semalam. Setiap hari kita perlu memasang niat untuk berubah. Tetapkan matlamat ke arah perubahan sebenar untuk "berjaya dunia akhirat".

Ingat, tujuan kita hidup adalah untuk mengumpul "bekalan" bagi menemui Maha Pencipta. Moga Allah melihat kita dengan pandangan Maha pengasih, Maha penyayang-Nya.

Moga kita terus berubah menjadi yang "TERBAIK"..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 7 Oktober 2013

SENAMAN BAKAR LEMAK


Salam sejahtera untuk semua. Moga anda dikurniakan rezeki yang bertambah-tambah bagi setiap hari anda.

Tadi masa belek-belek majalah terjumpa satu tip berkenaan senaman untuk bakar lemak yang sesuai untuk para lelaki. Kita para lelaki jarang memberi perhatian kepada aspek ini jadi makin lama perut pun dah ke hadapan.

Jadi mari kita berubah sedikit demi sedikit untuk “membakar rentung” lemak-lemak di badan ini.

Antara senaman yang boleh diamalkan adalah:

Berjalan kaki
Kaedah untuk yang mula nak bersenam. Cara terbaik adalah dengan berjalan 10 000 langkah bersamaan 7 km (lebih kurang kut) boleh bakar lemak sebanyak 300-400 kalori.

Berlari
Berlari secara sederhana dan jangan terlalu lama kerana boleh menyebabkan kecederaan otot. Berlari selama sejam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

Mendaki bukit
Baik untuk uji kekuatan otot kaki. Mendaki selama sejam bersamaan dengan membakar 530 kalori

Bermain badminton @ tenis
Otot paha, lengan, bahu dan pinggul bekerja serentak semasa aktiviti ini dijalankan. Cari pasangan untuk bermain yang berkemampau sama macam anda (takut nanti tercungap). Sejam bermain dapat membakar 780 kalori.

Regangan
Gerakkan kaki dan tangan selama setengah jam mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.

Berenang
Semua bahagian otot bekerja semasa berenang terutama bahagian perut. Sejam bersamaan membakar 460 kalori.

Bola sepak
Ia cabar fizikal dan minda. Namun begitu ia berisiko untuk cedera. Sejam bersamaan membakar 700 kalori.

Angkat berat
Terbaik untuk membina otot tubuh dan meningkatkan kesihatan umum. Lakukan latihan regangan sebelum angkat berat dapat elak kecederaan. Lakukan bersama pakar untuk dapat hasil maksimum. Sejam bersamaan membakar 230 kalori.


Diharapakan dapat membantu mereka yang nak mula membakar lemak..


Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 6 Oktober 2013

PRINSIP HIDUP REIKI


Salam hormat untuk semua..Saya ingin berkongsi dengan anda tentang prinsip yang diamalkan oleh kebanyakan pengamal Reiki di dunia.

 Prinsipnya adalah seperti beriku:


  • Untuk hari ini saya tidak akan marah
  • Untuk hari ini saya tidak akan cemas
  • Untuk hari ini saya akan bersyukur atas semua kurnia
  • Untuk hari ini saya akan bekerja dengan baik
  • Untuk hari ini saya akan berbuat baik pada seluruh makhluk hidup


Dalam pembelajaran Reiki, pelajar diterapkan prinsip hidup Reiki yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar. Dengan itu, pelajar tahu tujuan dalam mengamalkan Reiki dan tidak menyalah gunakannya.


Yakin, Usaha, Pasrah..




Sabtu, 5 Oktober 2013

LAKUKAN KERANA ALLAH


Salam hormat untuk semua.Moga anda diberi ketenangan dalam kehidupan. Insya-ALLAH..

Hari ini saya ingin berkongsi perihal amalan seharian kita, adakah kerana Allah atau sebaliknya???

Saya ingin bawa anda meneliti apa yang anda lakukan sehari-harian.

Anda bangun pagi, adakah anda mengucap syukur kepada Allah??

Anda bersiap untuk ke tempat kerja, adakah anda bersiap kerana Allah??

Anda bekerja mencari rezeki, adakah anda bekerja kerana Allah??

Anda balik setelah tamat waktu kerja, anda berehat bersama keluarga dan seterusnya mula tidur semula, adakah semua itu anda lakukan kerana Allah??

Mari kita muhasabah diri sebelum kita disoal dihadapan Allah. Adakah aku lakukan dalam kehidupan ini kerana Allah atau semata-mata mencari kesenangan hidup??

Pada satu hari, sahabat saya(A) terkena gangguan makhluk halus, jadi sahabat lagi seorang(B) memberitahu A agar pergi berubat di satu pusat rawatan Islam. Kata B, ramai yang berubat disana, semuanya sembuh. Jadi A pergi ke pusat rawatan itu untuk mendapatkan rawatan. Ditakdirkan A sembuh. Jadi A tidak henti-henti mengesorkan sahabat-sahabat lain turut berubat di pusat rawatan itu jika mengalami sakit akibat gangguan.

Saya berasa “janggal” disini. Apakah pegangan sahabat-sahabat saya ini?? Adakah mereka menganggap pengamal perubatan di pusat rawatan itu yang menyembuhkan sakit??

Jika ditanya pasti mereka akan menjawab “memanglah saya percaya pada Allah, tapi saya sekadar berusaha. Kan tuhan suruh hambanya berusaha..” bla..bla..bla..

Satu jawapan yang “memerangkap” diri. Ini kerana mereka lupa memasang “niat” dan “kepasrahan” hanya kepada Allah. Minda mereka telah di”set” jika sakit cari ubat. Seharusnya mereka “set”kan minda jika sakit cari Allah..

Memang kita disuruh berusaha dalam apa jua keadaan. Namun begitu ingat, biar usaha kita kerana ALLAH semata-mata untuk mendapat redha-Nya.

Kalau kita makan, bukan sebab nak kenyang tetapi kerana Allah asbabnya untuk memudahkan kita beribadat.

Kalau kerja,  kerana Allah asbabnya untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sebagai langkah pertama saya dan anda semua perlu pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja semata-mata kerana Allah. Ingatkan diri yang kita lakukan ini kerana Allah. Tegaskan dalam hati yang kita ikhtiarkan ini kerana Allah.

Niat kerana Allah, bukan kerana dunia,
Kerana dunia akan musnah, jadi apa amalan akan dibawa,
Mengadap Allah disana kelak, takut kita tiada apa-apa,
Takut-takut kita akan papa kedana kerana kita alpa..

Jadi mulai saat ini, kita pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja atau tugas kerana Alah..

Moga saya dan anda mendapat petunjuk daripada-Nya..

Sekian,


Yakin, Usaha, Pasrah..





Manchester United gunakan Reiki????


Salam sejahtera untuk semua. Moga anda sihat dan tenang senantiasa.

Berita di atas klik sini mengambarkan bahawa dunia barat sudah maju kehadapan dalam mengaplikasikan REIKI untuk tujuan "menghilangkan tekanan".

David Moyes selaku Pengurus Manchester United mengunakan kaedah Reiki bagi menghilangkan tekanan yang dialami oleh pasukannya.

Untuk pengetahuan semua, Reiki bukanlah sejenis urutan tetapi ia boleh diadaptasikan untuk tujuan urutan. Anda hanya perlu berniat untuk meng"akses" tenaga Reiki dan lakukan urutan tanpa perlu konsentrasi.

Urutan sebegini jika diamalkan boleh melegakan kesakitan otot sekaligus memberi keselesaan kepada pesakit yang diurut. Ini yang dikatakan sebagai "Sentuhan Emas".

Di Malaysia, urutan menjadi satu cara popular untuk merehatkan badan dan melegakan atot. Tetapi jarang didengari terapi Reiki digunakan untuk tujuan yang samakan???? 

Reiki telah lama diamalkan di dunia Barat walaupun ditemui di negara Timur. Sedikit sedih jika dibiarkan ilmu sebegini dibiarkan menyepi walhal ia telah menjadi satu teknik rawatan di Hospital-hospital Barat.

Diharapkan anda dapat bersama saya untuk menyebarkan ilmu Reiki. Belajar tidak salah, yang salah tidak mengamalkan apa yang dipelajari..

Sekian dari saya. Moga bermanfaat..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 4 Oktober 2013

TIP-TIP KEKALKAN KESIHATAN SPERMA ANDA

Salam bahagian untuk semua. Moga anda dilimpahi aura positif bagi hari-hari mendatang..

Jika dikatakan lelaki sejati, anda perlu ada kekuatan batin bagi memenuhi tuntutan berumah tangga. Kekuatan batin bukan sekadar anda mampu “beraksi” selama sejam tetapi ia berkait rapat dengan kualiti sperma yang anda hasilkan. Bagaimana kita ingin menigkatkan kualiti dan jumlah sperma seorang lelaki. Di bawah saya kongsikan beberapa tip untuk dijadikan sebagai panduan:

Berhenti merokok sama sekali
Merokok tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan nafas berbau. Seorang perokok akan menurunkan kualiti spermanya berbanding mereka yang tidak merokok. Ia berdasarkan kajian dimana sperma orang yang merokok menunjukkan penurunan kualiti berbanding mereka yang tidak merokok sama sekali.

Elak pakai seluar ketat
Seluar yang ketat menyebabkan suhu testis atau “telur” lelaki mengalami peningkatan suhu. Suhu meningkat bermakna kuantiti sperma akan terjejas. Selain ini sekiranya para lelaki mengalami “ereksi” anda akan tidak selesa dan ia menganggu struktur zakar untuk menegang secara semulajadi. Ia boleh menyebabkan zakar bengkok.

Makan makanan seimbang
Amalkan makanan yang seimbang terutama sayur-sayuran dan kekacang. Semuanya harus rendah lemak dan  tinggi kandungan protein. Jangan makan makanan berminyak, terlalu berlemak dan elakkan makanan segera (fast food).

Rancang waktu untuk seks
Jangan lakukan seks terlalu kerap kerana ia menyebabkan air mani menjadi terlalu cair kerana kekerapan ejakulasi. Pembentukan sperma memakan masa jika kerap “keluar” macam mana nak membentuk sperma baru. Selalu sangat keluarnya. Lakukan seks seminggu 3 kali sahaja (ikut sunah nabi).

Katakan tidak pada alkohol
Akkohol menyebabkan hati gagal berfungsi dengan baik sekali gus meningkatkan estrogen dalam tubuh. Kesan estrogen yang tinggi mempengaruhi penghasilan sperma. Estrogen tinggi, sperma kurang. Elakkan minum “air kencing syaitan”.

Selalu bersenam
Anda perlu kekalkan tahap kesihatan anda dengan banyakkan bersenam. Lakukan secara kerap walaupun sedikit. Anda boleh mulakan dengan berjalan laju ke tempat kerja atau menaiki anak tangga. Biar anda tercunggap ketika bersenam, jangan tercunggap ketika “beraksi” di ranjang.

Lakukan meditasi
Anda perlu sentiasa tenang. Caranya adalah dengan meditasi. Mengikut kajian, meditasi dapat menurunkan tahap tekanan darah tinggi. Jika anda kerap tertekan di tempat kerja, maka anda perlu rehatkan minda dengan meditasi. Anda hanya perlu kosongkan minda dan hayati nikmat nafas yang dianugerahkan oleh Allah.

Sekian dulu dari saya. Moga tip-tip diatas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi “SIHAT” semula.



Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 3 Oktober 2013

Lembutkan Hati Orang Berhutang Dengan REIKI


Salam kasih dari saya untuk anda semua. Moga beroleh berkat dalam kehidupan seharian..

Jika bercakap tentang hutang mesti semua pernah berhutangkan??

Nak beli kereta, kita berhutang. Nak beli rumah, kita berhutang. Nak duit lebih pun ada yang sanggup berhutang. Biar papa saya bergaya. Itu adalah "trend" masa kini.

Namun begitu berapa ramai pernah mengalami dimana orang berhutang dengan anda. Orang itu pinjam sejumlah wang dan sukar lunaskan hutangnya dengan anda. Sakit hati???? Dah le hutang payah nak bayar, bila berjumpa buat-buat lupa pulak hutang itu..

Jadi bagaimana kita hendak orang itu bayar balik duit yang dipinjamnya dari kita?? Nak mintak segan..

Reiki ada penyelesaiannya. Bagaimana??

Dengan mempelajari Kundalini Reiki, anda akan diajar cara "mudah" untuk melembutkan hati kawan anda yang berhutang dengan anda.

Saya jamin 100% Tanpa jampi-jampi, Tanpa mentera, Tanpa amalan khurafat..

Saya akan kongsi dengan anda ilmu ini dengan hanya mempelajari Kundalini Reiki dengan mahar yang tersangat rendah. Dijamin mahar PALING RENDAH di MALAYSIA..

Insya-Allah anda akan dibimbing oleh saya Master Azrul selagi nyawa dikandung badan..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..




Rabu, 2 Oktober 2013

KEHEBATAN ALLAH


Salam hormat untuk semua moga dilimpahi aura positif dalam kehidupan seharian..

Pagi tadi dengan ceramah di tv3 tentang “pengalaman mendaki Gunung Everest”..

Keagungan Allah terlalu hebat hinggakan kita merasakan bertapa kita “kerdil” di bumi Allah ini. Kita dicipta oleh Allah dari “benih” yang hina tetapi diangkat darjat ke tahap yang tinggi menjadi “khalifah” untuk memakmurkan bumi Allah ini..

Penceramah merupakan seorang anak muda terpilih melihat keagungan Allah. Beliau terpilih untuk mendaki puncak tertinggi dunia. Satu pengalaman yang hebat sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Beliau melihat kejadian malam dan siang silih berganti dalam satu masa yang sama. Ia seakan-akan berbentuk cincin bercahaya. Ketika berada dipuncak, beliau melihat permukaan bumi umpama hamparan permaidani berwarna putih bersih.

Dipuncak juga beliau berkongsi pengalaman dimana makanan dan minuman semuanya dalam keadaaan beku kecuali kurma nabi dan air zam-zam..

Ibn Abbas ketika ditanya mengenai minuman terbaik lalu dijawabnya air zam-zam. Riwayat hadis dari Ibn Abbas “ air zam-zam menurut apa yang diniat oleh peminumnya..”

Nabi Muhammad SAW bersabda “ rumah yang tiada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat..”

Begitulah pengalaman yang dapat beliau ceritakan malah banyak lagi sebenarnya. Saya titipkan sebahagian pengalaman beliau sebagai renungan untuk kita semua. Moga kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan segala ujian dari Allah.

Islam telah mengariskan tatacara kehidupan yang jelas untuk menjadi ikutan setiap manusia. Seharusnya kita perlu sedaya upaya untuk mengamalkan segala ajaran Islam di dalam kehidupan.

Moga perkongsian ini mendapat manfaat kepada anda semua. Insya-ALLAH..


Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 1 Oktober 2013

Testimoni 3



Testimoni 1

Kawan saya memang keras hati sikit. Saya alirkan Reiki  untuk lembutkan hatinya, Alhamdulillah dia semakin OK dengan kawan-kawan sekelas. Saya pun terkejut dengan perubahannya. Saya yakin dengan Reiki, saya dapat ubah nasib keluarga saya. Saya akan dapat balik apa yang jadi milik keluarga saya selama ini. Dengan Reiki saya kuat dan yakin. By the way, Thanks Master Azrul kerana sudi berkongsi ilmu.
Master Sakinah (017-47754**)



Testimoni 2

Saya rasa banyak saya belajar ilmu di internet ini. Macam-macam ada. Ada yang dibayar senyap sepi. Saya pula jenis mintak penjelasan untuk sekali dua, lebih pada itu saya tawakal pada Allah S.W.T. Ramai orang begini mengambil kesempatan.. MasyaAllah sehinggalah saya ketemu blog tuan azrul.. Alhamdulillah bukan saya yang menanyakan soalan tetapi tuan azrul yang mengambil berat, ini lah pertama kali saya ketemu seorang Master ilmu Reiki yang mengambil berat terhadap pelajarnya.. Moga-moga segala daya usaha tuan akan diberkati dalam apa jua perjuangan duni dan akhirat.. Aminn..
Master Yazid (012-22256**)



Testimoni 3

Semalam masa buat Tendai + Reiki, dalam ilham tiba-tiba orang yang sakit kena ubah kepala sebelah kiri, tempat yang dia tidur tidak harmoni serta ada kepanasan sikit..Alhamdulillah, berkat doa master juga, saya minat dan saya ada lalui terawangan untuk scan pesakit saya. Saya tidak pernah jumpa pesakit saya. Saya buat dari rumah sahaja. Hanya ingin menikmati anugerah-NYA yang hebat..
Master Saharudin (013-94276**)




Yakin, Usaha, Pasrah....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...