Isnin, 25 November 2013

ANDA PENENTU SEGALANYA

Tindakan anda adalah produk kepada emosi anda sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain, anda adalah penentu kepada apa yang anda ada sekarang ini. Betul ke????

Lihat apa yang anda ada sekarang. Adakah anda gembira dengannya??

Jika YA, anda adalah orang yang BERJAYA..

Tetapi jika TIDAK, anda perlu memeriksa keadaan anda sekarang ini. Apa perasaan anda sekarang ini?? Anda perlu menilai emosi anda sekarang juga sama ada:
  • Gembira atau dukacita
  • Rajin atau Malas
  • Tenang atau tekanan
Setiap emosi anda akan membentuk getaran-getaran di sekeliling diri anda. Cuba bayangkan terdapat "lingkaran" disekeliling diri anda. "Lingkaran" ini adalah getaran yang terhasil daripada emosi anda. Hanya satu getaran yang akan wujud dalam satu-satu masa. Berapa lama satu-satu getaran terbentuk menentukan berapa banyak yang anda mampu "tarik" ke dalam diri anda.

Jika anda dapat kekalkan emosi atau perasaan positif selama 24jam maka getaran positif juga akan dikekalkan selama masa yang anda mahukan itu. Sangat penting untuk mengekalkan getaran yang dimahukan selama yang boleh. Pada tahap ini ramai yang akan GAGAL..

Tip kekalkan getaran positif:
  • Fikirkan perkara yang menyeronokan SAHAJA
  • Baca jenis bacaan yang POSITIF SAHAJA - abaikan surat khabar politik dan hiburan
  • Tonton rancangan yang melucukan - cerita lawak
  • Lihat pemandangan hijau dan biru seperti lihat awan atau pokok
  • Eratkan hubungan dengan keluarga dan orang yang tersayang
Moga anda mampu untuk kekalkan getaran positif anda setiap masa setiap ketika..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah




Selasa, 19 November 2013

Terapi Aura

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik atau perisai halus yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (Paling perlahan di bahagian bawah dan paling laju di Cakra Mahkota)

Aura ini memiliki getaran gelombang tenaga didalamnya. Bagi menusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada seseorang itu seperti  Minda, Emosi dan Fizikal.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri dari getaran negatif disekelilingnya seperti sinar UV yang berlebihan atau kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Malah Aura juga melindungi diri dari kesan tindakbalas kimia buatan manusia seperti; Ketuhar, Televisyen, Radio, Telefon bimbit, Dan lain-lain perkakas elektrik dan elektronik. 

Kehidupan kita seharian sering terdedah dengan pencemaran. Dewasa ini, kanak-kanak mudah sangat untuk mendapat penyakit. Apabila terkena air hujan, mudah terkena demam. Bayi baru lahir mudah terkena demam kuning. Malah pelbagai penyakit "biasa-biasa" seperti batuk mudah menyerang kanak-kanak zaman sekarang.

Gaya hidup kita telah berubah. Kehidupan seharian telah menjadi semakin mudah. Kita makan makan segera yang mudah disediakan dan sangat sedap. Kita menonton tv, menggunakan telefon pintar, mengadap "laptop" hampir setiap hari dan setiap jam. Kita tidak boleh berenggang dengan "teknologi" sebegini.

Kita terdedah dengan sinaran elektromagnet berlebihan. Sinaran UV semakin terik kerana lapisan ozon menipis. Pencemaran udara berlaku semakin berleluasa. Malah pelbagai lagi pencemaran berlaku di atas bumi kita saban hari, saban masa. Pencemaran bunyi, pencemaran gas beracun dan  pencemaran sinaran.

Jadi bagaimana kita hendak hidup dengan sihat???

Bagaimana kita hendak jalani kehidupan yang lebih harmoni???

Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Kita perlu ubah gaya hidup seharian yang pasif kepada lebih aktif. Mulakan dengan perkara-perkara yang mudah seperti mengurangkan pendedahan kepada alatan elektronik, lakukan senaman ringan setiap hari, makan makanan berkhasiat dan berfikir secara sihat.

Terapi Aura merupakan salah satu teknik yang digunapakai oleh sebilangan mereka yang inginkan kesihatan yang berada di tahap optimum. Antara apa yang anda akan dapat adalah:
  • Meningkatkan antibodi badan anda melawan penyakit
  • Merawat penyakit sedia ada secara alami
  • Mengurangkan tekanan hidup anda
  • Memudahkan dan melancarkan pejalanan kehidupan anda
Jadi keputusan di tangan anda..Hubungi saya untuk keterangan lanjut..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 18 November 2013

Membuat Air Penerang Hati


Semasa hampir dengan waktu untuk ujian atau peperiksaan mesti kita pernah minum air penerang hati. Ustaz-ustaz akan dicari untuk mendoakan anak-anak agar boleh menjawab soalan dan air penerang hati adalah sebagai ikhtiar. Solat hajat juga kadang-kadang sering diminta para ustaz ini untuk buatkan walhal sebenarnya empunya diri yang perlu melakukannya.  

Tidak kurang juga ada yang sanggup berjumpa bomoh-bomoh untuk melakukan perkara yang serupa. Jika ditanya, mesti jawabnya sebagai usaha katanya. Yang penting pilihlah pengamal perubatn alternatif yang mengamalkan cara hidup ISLAM yang sebenar. 

Insya-Allah kita akan mendapat berkat.

Namun begitu jika diminta mencari yang ISLAM, mesti buat muka "seposen" kerana mereka ini pasti akan ditanya tentang solat cukupkah? amalan sunat dibuatkah? Kerana sebenarnya, perubahan diri sendiri yang perlu bagi mencapai apa sahaja yang dihajati. Jika nak lulus ujian, belajarlah. Jika nak kaya, usahalah. 

Air penerang hati sebenarnya boleh dibuat sendiri tanpa diminta sesiapa pun membuatnya. Ianya semestinya percuma. 
  • Ambil sebotol air masak.
  • Bacakan selawat 100 kali.
  • Jika ada masa, bacakan ayat-ayat al-quran dan niat memasukkan energy quran kepada air sebagai "asbab" penerang hati. 
  • Jika tiada masa, dekatkan botol air ke komputer dan putarkan bacaan ayat suci al-quran. Sambil-sambi tu boleh le dengar sekali.
  • Setiap kali hendak minum, baca selawat semampunya minimum 7 kali.
Mudah bukan??

Anda tidak perlu berjumpa orang lain untuk buatkan air penerang hati untuk anda. Untuk lebih mujarab, amalkan solat hajat dan banyakkan membaca al-quran. Tidak kira surah apa pun asalkan anda baca dan resapilah tenaga al-quran ke dalam diri anda.

Di dalam Reiki juga ada diajar cara membuat air penerang hati. Ia juga bukan sekadar untuk menerangkan hati tapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan maksud mengikut kehendak kita antaranya sebagai pedinding rumah, melembutkan hati suami dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya dulu, saya amalkan minum air penerang hati sebulan sebelum peperiksaan disamping banyakkan bacaan al-quran dan jika tiada masa dengar bacaan al-quran. Lakukan setiap hari tanpa henti. Semasa menjawab soalan, rasa seperti mudah. Hati jadi tenang dan bersemangat untuk menjawab sehinggakan saya meminta kertas jawapan lebih untuk menjawab walhal soalanya susah. Saya seolah-olah diberikan jawpan mencurah-curah daripada Tuhan. 

Moga anda mendapat ikhtibar.. Insya-Allah







Hingland Tower 2013


Cerita yang ala-ala cerita "seekers" menyiasat ke tempat "keras" yang telah lama ditinggalkan. Pada pemulaan cerita memang "bosan" sikit kerana tidak paham dengan jalan cerita. Cerita ini macam dokumentari cerita-cerita haiwan kat tv tu tapi cerita ini lebih kepada makhluk-makhluk halus yang tak nampak dek mata.

Banyak bukti-bukti yang dipaparkan bagi menunjukkan kehadiran "hantu-hantu" di bangunan terbengkalai di Hingland Tower. Yang paling menarik semasa dua orang daripada mereka hilang dipandangan mata. Puas kawan-kawan lain mencari tapi tak jumpa. Rupa-rupanya mereka berdua masih duduk di tempat asal tapi dipandangan kawan yang lain, mereka tidak nampak pada mata kasar. 

Memang tidak masuk akal kan??

Ada juga beberapa kali kemunculan lembaga berwarna hitam. Kemunculan "mereka" memang boleh mengejutkan para penonton. Silap-silap ada yang menjerit.


Tapi tidak hairanlah jika bangunan yang dah bertahun-tahun tak berpenghuni, memang adalah makhluk-makhluk halus yang nak tinggal.

Kalau nak lihat dan merasakan pengalaman di Hingland Tower kena le tonton filem ini..

Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan


Rabu, 13 November 2013

Nampak Jin Islam


Sepanjang kehidupan ini, beberapa kali juga saya pernah "nampak" secara live makhluk-makhluk ghaib. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan semasa pertama kali dapat melihat sesosok tubuh yang bergerak seakan-akan terapung di permukaan lantai.

Semasa itu waktu dalam pukul 6 petang. Hanya saya dirumah sambil menonton rancangan tv kegemaran. Tengah leka menonton, terasa sesuatu pada arah ruang tamu tengah. Saya memusingkan muka untuk melihat apa yang semacam tu????

Secara live di depan mata, saya melihat sesosok tubuh tinggi lebih kurang 8 kaki. Memakai jubah berwarna putih bersih hingga menutup kakinya. Wajahnya berwarna seakan-akan hijau dan ada tompok-tompok darah merah. "Beliau" seakan-akan terapung di permukaan lantai dan bergerak sedikit demi sedikit ke arah dinding. Tiba-tiba!!

Secara tiba-tiba, "beliau" berhenti dan merenung ke arah saya dengan senyuman. Saya kaget dan terdiam. Mulut bagai terkunci. Hanya mata yang mampu dibuka sambil merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik itu, terasa terlalu perit. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya di waktu itu.

Selepas beberapa detik, "beliau" bergerak kehadapan dan hilang begitu sahaja. Saya apa lagi, memulakan langkah seribu pergi keluar rumah. Seluruh tubuh mengigil dan peluh membasahi diri saya walaupun hari agak dingin. 

Yang peliknya, kenapa "beliau" tersenyum kepada saya?? Kalau nak lalu, lalu saje le.. Daripada cakap-cakap orang tua yang arif, "beliau" yang saya maksudkan berkemungkinan jelmaan jin yang menjadikan rumah saya itu sebagai "transit" laluan pejalanannya. Ada juga yang menyatakan, "beliau" adalah jin yang menjadi "sahabat baik" arwah atuk saya yang hendak mencari penganti sebagai kawan kononnya.

Saya harapkan tidak akan berjumpa lagi dengan "beliau". Cukuplah pengalaman melihat secara live "beliau". Saya sekadar berkongsi pengalaman.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk buang jauh-jauh.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 12 November 2013

Pengaruh Deria Manusia


Deria manusia yang dimiliki oleh manusia adalah unik dan ia sangat mempengaruhi kehidupan seharian walaupun kita tidak menyedarinya sama sekali. Antara deria yang dimiliki manusia antaranya adalah lidah, hidung, telinga, mata dan kulit .

Lidah membolehkan kita merasa kenikmatan "makanan". Ia boleh mengesan rasa pahit, manis, masam dan masin. Lidah juga membantu proses pencernaan berlaku. Ia tidak bertulang tetapi awas kerana ia sangat tajam. Ia diumpamakan seperti mata pedang. Jika tersilap boleh "menghiris" dan "melukakan" hati sesiapa sahaja. Kawan boleh jadi musuh. Saudara boleh jadi orang asing. Jadi perlu berhati-hati semasa menggunakannya.

Hidung merupakan organ deria bau yang mengesan bahan kimia di udara. Ia menggunakan reseptor bau yang terletak di rongga hidung. Bulu hidung bertindak menjadi "alat tapis" kotoran. Apabila mukus yang terhasil memerangkap kotoran ini akan membentuk "taih hidung". Ia bertindak sebagai pelindung.

Telinga peka terhadap ransangan bunyi. Benda yang bergetar menghasilkan getaran bunyi melalui udara. Telinga memerangkap getaran bunyi ini dan seterusnya menukarkannya kepada maklumat.

Mata sangat sensitif terhadap cahaya. Ia menjadi organ yang sangat penting untuk melihat. Kecacatan padanya menyebabkan anda menjadi rabun atau buta. 

Seterusnya adalah kulit yang merupakan struktur yang sangat memberi pengaruh kepada diri manusia. Bulu roma pada kulit menjadi antena semulajadi kepada manusia. Antena ini dapat mengesan tenaga-tenaga yang berada dipersekitaran kita sama ada positif mahupun negatif. Apabila kita berada dapat keadaan takut, bulu roma akan meremang menunjukkan ia mengesan getaran tenaga disekitarnya.

Kelima-lima deria ini mempengaruhi manusia dalam menjalankan tugas seharian. Kita perlu bersyukur dan menjaga kesemua deria ini. Jangan disalahgunakan untuk melakukan maksiat kerana boleh mengundang kemurkaan TUHAN. Jadi anda sebagai "pemegang" amanah perlu memastikan diri anda menjaga dan seterusnya menggunakan deria ciptaan TUHAN ini untuk manfaat di dunia dan akhirat.







Attunement Jarak Jauh??


Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement . Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan tenaga pelajar dengan tenaga Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Master Reiki dari dunia barat (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima tenaga')

Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut.

Attunement dapat dilakukan secara berhadapan atau jarak jauh oleh Master Reiki. Ada yang bertanya Bagaimana Attunement Jarak Jauh Berlaku??

Reiki bagi saya umpama kita berdoa. Contoh, saya doakan anda sihat sejahtera walaupun kita berjauhan, tenaga yang terbentuk daripada doa itu tadi akan “bersinergi” dengan alam ciptaan Allah (sunatullah). Tenaga doa itu tadi “bergerak” menyempurnakan maksud daripada doa itu tadi. Apa yang perlu dibuat adalah berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menetukan sama ada ia termakbul atau tidak. Ini dipanggil tawakal.

Dari contoh di atas boleh disimpulkan attunement boleh dilakukan secara jarak jauh. Master Reiki hanya memasang niat (seperti doa tadi) dan biarkan sahaja tenaga Reiki melakukan kerjanya secara automatik. Tenaga Reiki bersifat pintar dan bertindak seperti apa yang diniatkan oleh pengamalnya.

Reiki amat mudah dipelajari dan diamalkan. Anda hanya perlu ikhlas dan yakin dengan ilmu yang dipelajari. Amalkan secara konsisten dan selalu bertanya guru jika tidak faham. Keberkatan ilmu dapat dilihat apabila kita faham dan amalkan sepanjang usia kita.

Moga anda dapat manfaatnya..

Yakin, Usaha, Pasrah




Jumaat, 8 November 2013

SUSUN GALUR KUNDALINI REIKI

BERIKUT ADALAH SUSUR-GALUR RANTAIAN PENURUNAN ILMU KUNDALINI REIKI



Ole Gabrielsen



 Mohd Hisham Yahya



Mohd Azrul Mazlan






Khamis, 7 November 2013

Nikmat Makan dan Kesihatan


Hari-hari kita akan makan. Ada yang makan untuk hidup dan banyak di antara kita hidup untuk makan. Dari perut datangnya segala jenis penyakit. Jika tidak dijaga maka, badan baru 20an dah banyak penyakit yang hinggap. Sekarang banyak makanan yang dimakan bercampur baur dengan bahan-bahan kimia merbahaya yang kononnya memberi kesempurnaan pada rasa masakan dan "menyihatkan". 

Hari-hari makan nasi,
Campur kuah sama aji,
Rasa sedap kita nikmati,
Banyak penyakit cepat mati.

Itu belum dikira cara pemakanan, halal haram, cara penyediaan makanan dan lain-lain lagi. Walaupun perkara-perkara ini dipandang enteng tetapi impaknya cukup besar. Makanan yang dimasak cara yang baik dan halal akan dimakan untuk tumbesaran dan memberi tenaga. Oleh itu, memudahkan kita untuk beribadat dan menjalankan fungsi kita sebagai KHALIFAH.

Berikut adalah antara saranan yang boleh anda ikut dan amalkan kerana anda akan memperoleh nikmat makan dan juga kesihatan yang baik, iaitu:
  1. Cuci tangan sebelum makan
  2. Baca basmallah
  3. Makan secukupnya
  4. Berhenti makan sebelum kenyang
  5. Tidak membazir
Saranan mudah yang selalu dipangang sebelah mata.. 

Moga kita beroleh kemudahan dan sihat sepanjang masa..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 5 November 2013

Pengalaman Membuat Pedinding


Saya hendak bercerita tentang pengalaman saya semasa belajar dulu sewaktu satu Kem di sebuah sekolah selama 3 hari. Pada pemulaan Kem semua berjalan dengan lancar.

Saya selaku "fasilitator" bagi Kem tersebut. Semua peserta gembira semasa program berlangsung. Penyertaan 100% tanpa pengecualian dengan komitmen yang sangat bagus.

Di malam hari terakhir seperti biasa semasa semua peserta ingin tidur, saya dapat rasakan sesuatu sedang "memerhati" di tingkat atas bangunan sekolah. Namun begitu saya tidak dapat "melihat" dengan jelas cuma bayangan berwarna putih sahaja. Saya pun membuat pedinding dan diperkukuhkan dengan bacaan Ayatul Qursi beberapa kali niat untuk melindungi para peserta.

Al kisah, terdapat dua orang dikalangan peserta yang buat bising sehingga menganggu peserta lain. Jadi selaku orang yang bertanggungjawab saya mengambil tindakkan. Mereka dikenakan hukuman. Saya merasa sangat marah di waktu itu, tanpa sengaja saya telah berniat membuang pedinding yang telah dibuat sebelum itu.

Dijadikan cerita malam itu hampir menginjak pukul 3 pagi, dua orang budak itu menjerit-jerit seperti terkena histeria. Apabila menutup mata, mereka menjerit melihat lembaga berwarna putih (seperti gambaran yang saya lihat). 

Dalam firasat saya, mereka terkena gangguan "pocong". Kemungkinan kerana mereka berbuat bising di malam tersebut, mereka telah diganggu. Selepas diberi air penawar dan mulai tenang. Mereka seterusnya dihantar pulang bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Apa yang boleh disimpulkan disini, tenaga boleh dimanipulasikan mengikut niat yang dibuat, yang penting yakin, lakukan dengan teknik yang BENAR serta niat kerana ALLAH.

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 4 November 2013

Reiki Ilmu Pedinding Semulajadi



Kalau search di internet tentang ilmu pedinding pasti banyak entri-entri yang menceritakan hal ini. Ilmu Pedinding secara kefahaman saya adalah penghalang yang dibuat agar tiada gangguan dari pihak luar yang mendatangkan bahaya. 

Banyak kaedah membuat pedinding dari islamik hingga lah ke ilmu-ilmu mistik. Ada yang boleh diterima akal dan ada juga sebaliknya. Antara kaedah yang popular adalah dengan bacaan Ayatul Qursi, azan, menanam pacak di 4 sudut rumah, menabur garam dan pelbagai lagi. Sebagai "pengguna" anda perlu memilih cara yang TERBAIK dengan tidak melibatkan pengaruh jin atau syaitan. 

Reiki adalah antara kaedah alami yang boleh digunakan untuk membuat pedinding secara semulajadi tanpa melibatkan jin atau syaitan. Anda hanya perlu memasang NIAT dan PASRAH kepada Allah. Kaedah yang digunapakai di dalam Reiki cukup mudah dan senang diamalkan. Tanpa mentera yang tidak difahami dan ritual pelik-pelik. Anda boleh mengabungkan bacaan-bacaan quran untuk pengguna Islam bagi mengukuhkan pedinding yang dibuat. 

Bagaimana pedinding ini berfungsi??

Apabila pengamal Reiki memasang niat untuk membuat pedinding, tenaga alam akan bertindak membentuk satu GETARAN di tempat yang diniatkan. Getaran tenaga ini bersifat positif yang menghalang getaran yang bersifat negatif melaluinya. Secara umumnya, hanya getaran tenaga positif bersifat semulajadi sahaja akan terbentuk. Tiada tenaga negatif dapat menembusinya. Namun begitu, proses ini perlu diulang setiap 14 hari sekali bagi memastikan getaran tenaga positif ini sentiasa berada di tahap optimum. Ia sama juga seperti lapisan ozon bumi yang menjadi pedinding kepada bumi dari panas. mentari.

Jadi kita dapat simpulkan, pedinding adalah perlu bagi memastikan kita sentiasa selamat dari perkara-perkara yang tidak baik cuma kaedah membuat pedinding perlu diberi perhatian serius agar tidak salah cara dan tidak menyesatkan akidah kita.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 3 November 2013

Aku, Reiki dan Keanehan


Sejak mendalami Reiki, aku dah kenal perihal getaran dan tenaga. Sedikit demi sedikit kefahaman terhadap ilmu Metafizik mulai menusuk ke mindaku..

Dulu sebut sahaja ilmu berkaitan metafizik (ilmu-ilmu bersifat ghaib) aku mesti cakap tahyul, penipu, tak betul. Tidak pernah terlintas yang ilmu itu juga datangnya daripada Allah. Ia adalah sebahagian ilmu Allah. Mungkin aku buta ketika itu. Tidak dapat membezakan yang benar dan batil.

Apa tidaknya. Tika aku "meneroka" laman sesawang, aku berjumpa pelbagai keilmuan yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang waras. Pelbagai ilmu merangkumi pelbagai jenis. Ada yang membolehkan pengamalnya nampak perkara ghaib, kebal, penyembuhan jarak jauh, pedinding, ilmu halau jin, ilmu khadam dan pelbagai lagi ilmu yang aku rasakan "bohong" belaka.

Itu dulu, tetapi kini aku mulai kenal. mana batil, mana benar. Walaupun dalam proses baru bertatih aku mengenal keilmuan ini tetapi aku rasakan ia semacam sebati denganku. Sejak aku belajar REIKI dan ilmu Tenaga Dalam TENDAI, aku mulai melihat 'keajaiban" di depan mata.

Dulu kalau aku lihat orang boleh pecahkan botol guna tangan, aku mesti cakap guna jin. Sekarang aku dah tahu. Semua itu ilmu membincangkan tentang tenaga. Botol berisi air dihentak secara "bersahaja" boleh dipecahkan dengan hanya memindahkan tenaga untuk "menghentam" botol dengan air menjadi perantara tenaga untuk mengalir memecahkan botol. Dimata kasar kita melihat botol pecah dengan hentakkan kuat tetapi ia sebaliknya. Ia pecah kerana tenaga dalaman pengamal dipindahkan melalui air sebagai medium bagi memecahkan botol. Tiada tipu muslihat atau guna jin.

Mentol dilepaskan separas pinggang aku boleh utuh dan tidak pecah. Aku sendiri melakukannya dan melihat keanehan itu. Memang tidak percaya tapi begitulah tenaga digunakan sebagai "melindungi" sesuatu mengikut apa sahaja niat kita. 

Banyak lagi keanehan yang dapat dilihat selepas mempelajari ilmu REIKI dan TENDAI. Ia hanya secebis pengalaman. Aku akan terus mengamalkan dan mempelajarinya.

Moga kamu semua dapat manfaat dan melihat keilmuan metafizik sebagai ilmu SAINS yang mengkaji perihal TENAGA secara umum. Tiada unsur JIN atau SYAITAN. Hanya kepasrahan kepada ALLAH secara total yang mengaku DIA lah Tuhan yang Esa.

Usaha, Yakin, Pasrah..





Jumaat, 1 November 2013

Aurat Perempuan Berubah Ke??


Dulu masa kecil-kecil, ustazah aku bagitahu aurat kaum perempuan adalah seluruh tubuh kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN SAHAJA.. Tapi sekarang aurat perempuan sudah berubah ke??

Cuba tengok Isteri, anak dan adik perempuan kita. Adakah mereka ikut seperti apa yang Islam suruh?? Kalau ikut syukur pada Allah. Kalau tidak, kita dan dia dalam bahaya..

Anda selaku "Pebimbing" isteri atau anak atau adik perempuan anda akan DITANYA oleh ALLAH kelak. Anda akan menanggung dosa mereka dibawah jagaan anda.

Kenapa lak??
Dosa tanggung sendiri-sendiri le!!

Jika anda seorang suami, seorang ayah, seorang abang maka anda perlu lakukan "sesuatu" kerana anda adalah "kepala" kepada para "pemgikut" anda iaitu mereka yang dibawah jagaan anda. Mereka adalah tanggungjawab anda.

Jadi sebelum terlambat, sebelum kerak menjadi bubur, anda harus buat "sesuatu" tu pun kalau tersedar le..

Anda kena nasihat, nasihat, nasihat kepada para "pengikut" anda..

Moga-moga dengan nasihat itu, mereka akan diberi "hidayah" daripada Allah. Hidayah adalah kurnia dari Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Nabi pun tidak boleh beri hidayah tetapi Allah lah yang berkuasa memberinya.

Jadi, langkah pertama adalah berikan nasihat secara "berhikmah" dan konsisten..

Moga anda dan saya diberi kekuatan untuk terus memikul tanggungjawab sebagai KHALIFAH di muka bumi ini..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...