Ahad, 15 Disember 2013

Reiki dan Rawatan Jarak Jauh


Kundalini Reiki merupakan salah satu kaedah merawat secara alami menggunakan "tenaga alam". Reiki sama sekali tidak melibatkan campur tangan jin mahupun syaitan. Anda perlu mendapatkan rawatan secara benar malalui pengamal Reiki yang sebenar.

Saya ada berjumpa pengamal perubatan Islam di Johor. Saya gelarkannya sebagai "ustaz". Ustaz berumur 20an itu saya jumpa sebagai menemankan seseorang bagi mendapatkan rawatan secara Islam. Saya dapat rasakan ketenangan ketika memasuki permis pusat rawatannya dengan alunan bacaan ayat rukyah dan bau-bau wangian. Selepas berbicara sebentar, saya secara spontan bertanya kepada ustaz sama ada bolehkah rawatan jarak jauh dilakukan?

Jadi berikut adalah jawapan ustaz:

" Kami tidak melakukan rawatan jarak jauh. Hanya bomoh sahaja yang akan berbuat demikian.." Jawab ustaz secara spontan.

Jawapan ustaz ini membuatkan jantung saya terkejut tidak semena-mena hati saya berbicara:

" Kan doa tu sebahagian daripada rawatan jarak jauh.." Bisik hati saya sendirian.

Ustaz sekali lagi menambah:

" Rawatan jarak jauh hanya dilakukan oleh bomoh yang ada jin kerana mereka meminta bantuan daripadanya.." 

Teng - Teng - Teng..

Mungkin itu adalah pendapat peribadi ustaz berkenaan. Selepas daripada itu, kami bereda dan kawan saya membeli cd ayat rukyah daripada ustaz.

Bagi saya sebagai pengamal Reiki dan Terapi Aura serta selaku orang awam yang menganut agama Islam berpendapat, Rawatan Jarak Jauh tiada bezanya dengan bacaan doa seseorang kepada kawannya yang berada jauh. Ia juga umpama doa seorang ibu kepada anaknya agar sihat dan murah rezeki. Jadi dimana peranan jin atau syaitan disini????

Para ustaz tidak patut secara melulu menuduh Rawatan Jarak Jauh bersangkutan dengan pengaruh jin dan syaitan.

Ini sebenarnya melibatkan tentang TENAGA semata-mata. Doa, bacaan quran, zikir, kata-kata nasihat dan sebagainya mengeluarkan tenaga. Tenaga boleh bertukar sifat seperti tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan (Fizik) tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan. Jadi tenaga yang terhasil dapat digunakan dan dimanipulasi untuk apa jua tujuan dan maksud bergantung kepada niat seseorang.

Reiki adalah sebahagian daripada kaedah manipulasi tenaga yang digunakan secara meluas di dunia. Malahan negara Barat mengiktirafnya sebagai kaedah alternatif dan banyak digunakan di hospital-hospital serta ia menjadi kajian sebahagian ahli-ahli pendidik di sana.

Pengamal Reiki juga boleh mengunakan teknik Jarak Jauh yang menjadi sebahagian modul di dalam ilmu Reiki. Ia sama sekali tidak menggunakan mentera dan sebarang khadam, jin dan syaitan. Hanya NIAT dan PASRAH kepada pencipta.

Kesimpulannya, Rawatan Jarak Jauh boleh dilakukan tetapi perlu dilihat kaedah dan teknik pengamal berkenaan. Reiki merupakan kaedah alternatif yang boleh mengaplikasi Rawatan Jarak Jauh secara alami. Hanya NIAT dan PASRAH. Kesembuhan penyakit adalah 100% di tangan Tuhan dan kita hanya perlu berusaha.

Yakin, Usaha, Pasrah..


P/S : Buat masa ini kami di Ilham Sejati tidak melakukan apa-apa rawatan. Kami hanya mengajar ilmu Terapi Aura Reiki. Insya-Allah dimasa akan datang bakal dilakukan rawatan. Kami tidak bersedia kerana banyak komitmen perlu diberikan terhadap perkara lain. Harap maklum.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...