Ahad, 14 Disember 2014

TESTIMONI TERAPI AURA REIKI

Assalamualaikum..

Moga anda sihat dan bertambah kaya hendaknya..

Saya ingin memaklumkan bahawa pembelajaran Ilmu Terapi Aura Reiki akan tetap diteruskan di tahun 2015 dan juga tahun-tahun yang mendatang. Saya akan berusaha memantapkan teknik pembelajaran dan menambah manfaat ilmu yang diajar. 

Untuk pengetahuan anda, kami di Ilham Sejati sedaya upaya berusaha menciptakan silibus pembelajaran ilmu Terapi Aura Reiki secara santai dengan mahar yang sangat minimum berbanding di tempat lain. Mahar yang rendah bukan bermaksud tiada kualiti tetapi kami di Ilham Sejati tetap menjanjikan anda mendapat yang terbaik. Insya-Allah..

Berikut adalah testimoni pelajar Ilham Sejati yang mengambil ilmu Terapi Aura Reiki level 1 dan 2 :




Jika ilmu diambil manfaatnya maka banyak kebaikan yang akan diperolehi. Sebagai pelajar, kita perlu menghormati guru dan terus beramal dengan ilmu yang dipelajari tanpa jemu. 

Segala yang baik datangnya dari Tuhan maha Kuasa. 

Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 11 Disember 2014

KEBOCORAN AURA

Salam untuk semua..

Semoga beroleh kejayaan dan kebahagian di dalam kehidupan.

Membaca sahaja tajuk membuatkan kita tertanya-tanya, 

"Bolehkah aura mengalami kebocoran?"

Jawapannya "YA".

Seperti yang diketahui aura umpama lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran uv mahatari. Lapisan aura juga bertindak melindungi tubuh badan kita daripada energi-energi negatif.

Energi negatif ini mungkin wujud daripada :
  • Pencemaran alam sekitar
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Tekanan perasaan
  • Penyakit
  • Masalah keluarga
  • Masalah wang
  • Pendedahan kepada telefon agak lama
  • Makanan tercemar atau tidak bersih
  • Minuman berklorin
Malah banyak lagi penyebab kepada kebocoran aura yang akan berlaku kepada kita dalam sedar atau tidak sedar. Kebocoran aura memberi kesan kepada kehidupan seharian kita antaranya :
  • Panas baran
  • Cepat putus asa
  • Perasaan terlalu sensitif
  • Rendah diri yang terlampau
  • Mudah diserang penyakit demam
  • Migrin teramat sangat
  • Kerja tidak produktif
  • Banyak beri alasan
  • Tidak bersemangat 
  • Selalu berdebar-debar
  • Cepat sesak nafas
  • Tidak disukai orang ramai
 Kebocoran aura yang berterusan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti "kanser". 

Cara yang mudah untuk menyembuhkan kebocoran aura adalah  menjalani gaya hidup sihat dan elak tekanan hidup. 

Rawatan Aura boleh secara efektif menyembuhkan kebocoran aura dengan pantas dan berkesan. Kebocoran aura boleh berlaku kepada semua orang termasuk para master yang berpengalaman. Rawatan Aura perlu dilakukan secara konsisten untuk kesan yang maksimum.

Kami di Ilham Sejati membawa kepada anda Rawatan Aura yang Mudah dan Murah tetapi  BERKUALITI untuk diaplikasi sendiri oleh anda di dalam kehidupan.

Rawatan Aura seumpamanya untuk satu seisi sahaja memerlukan biaya yang tinggi dan dengan mempelajari sendiri Rawatan Aura membolehkan anda mempraktikan Ilmu ini dan mengunakannya secara konsisten dirumah dan yang menariknya, anda dapat menurunkan ilmu ini kepada seisi keluarga anda. Tanpa Had. Ianya Infiniti.

Pelaburan yang sangat-sangat minimum dan paling rendah di Malaysia. Insya-ALLAH anda akan dibimbing selamanya sehingga mampu berdikari.

Hapuskan Kebocoran Aura, Pelajari Rawatan Aura!!

Yakin, Usaha, Pasrah..





Jumaat, 28 November 2014

6 PERKARA MENUNTUT ILMU DARI IMAM AS-SYAFIE'

Assalamualaimum,


Moga anda berasa tenang dan gembira bersama keluarga tersayang..

Pagi tadi menonton ceramah melalui saluran TV9. Penceramah berkongsi 6 perkara yang perlu oleh kita ketika menuntut ilmu yang dipetik daripada nasihat Imam As-Syafie'. 

6 perkara tersebut adalah:
  • Kebijaksanaan
  • Keinginan membara
  • Merantau
  • Tunjuk ajar guru
  • Harta
  • Sepanjang masa (istiqomah)
KEBIJAKSANAAN
Seorang yang menuntut ilmu perlukan kebijaksanaan semasa menuntut ilmu. Kesediaan minda perlu ada bagi menuntut ilmu. Dengan kebijaksaan maka ilmu yang dipelajari mudah diserap oleh minda dan diaplikasikan dalam kehidupan. Namun begitu kepada yang "kurang" bijak, masa inilah untuk meningkatkan kebijaksaan. Belajar jangan berhenti.

KEINGINAN MEMBARA
Menuntut ilmu perlukan keinginan yang membara. Dugaan pasti akan dihadapi ketika belajar. Hanya keinginan yang membara dapat mengekalkan momentum diri agar terus belajar hingga berjaya mencapai impian.

MERANTAU
Kadang kala menuntut ilmu memerlukan kita untuk merantau atau bermusafir. Ini adalah lumrah biasa  bagi menuntut ilmu. Dengan kemajuan teknologi sekarang, belajar dimudahkan dengan hanya duduk dirumah dan mengadap komputer masih boleh belajar. Namun begitu, dengan merantau kita akan beroleh pahala yang besar umpama berjihad di jalan Allah. Setiap langkah pasti menghapus dosa dan mengangkat darjat kita.

TUNJUK AJAR GURU
Sudah semestinya menuntut ilmu perlukan seorang guru. Guru dapat membimbing kita ke jalan yang benar dan bukan hanya mengharapkan buku semata-mata. Buku sebagai rujukan sahaja tetapi guru adalah "pelerai" kesusutan ilmu yang sukar difahami.

HARTA
Untuk menuntut ilmu, kita perlukan wang. Segala proses yang berlaku menuntut biaya yang besar. Wang tidak dapat mengantikan ilmu yang dipelajari tetapi ia menunjukan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Tiada yang percuma di dunia ini.

SEPANJANG MASA
Semestinya menuntut ilmu perlukan kita sepanjang masa terus-terusan mengamalkan ilmu itu. Dengan kata lain kita perlu istiqomah atau konsisten dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. 

Moga mendapat sedikit informasi dan jadikan ia sebagai panduan.

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



 

Rabu, 26 November 2014

PENYELERASAN TERAPI AURA REIKI

Assalamualaikum..

Saya telah melakukan attunement atau penyelerasan Terapi Aura Reiki level master kepada :

Nama : Ku Badli B. Hj. Ku Baharum
Alamat : Negeri Sembilan

-Proses Attunement sedang dilakukan secara santai-

-Bergambar kenang kenangan-


Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 24 November 2014

EVERYONE CAN LEARN REIKI

Assalamualaikum,

Moga anda berada di dalam keadaan sihat-sihat sahaja. (Tajuk bahasa Inggeris tetapi isi melayu hehehe..)

Saya suka REIKI

Saya akan terus mengamalkan REIKI selagi hayat dikandung badan. 

Mengapa?? Ini kerana:

  • Ilmu yang mudah diamalkan
  • Boleh dikuasai dalam masa 2 atau 3 jam sahaja
  • Tidak perlu memahami teori rumit untuk menguasainya
  • Reiki adalah ilmu tenaga
  • Tidak bertentangan dengan ISLAM
  • Tenaga Reiki kekal selamanya dan infiniti
  • Ilmu Reiki kekal selamanya di"tubuh" anda
  • Reiki adalah TERAPI AURA
Reiki adalah ilmu tenaga yang mudah dipelajari dan diamalkan sampai bila-bila malah Reiki adalah ilmu multifungsi iaitu ilmu yang boleh diamalkan dengan pelbagai manfaat yang akan diperolehi bergantung kepada niat pengamalnya.

Saya sendiri mengamalkan Reiki untuk kesihatan dan kekayaan. Syukur pada Tuhan, Reiki sedikit sebanyak membantu kehidupan harian saya. 

Siapa sahaja boleh mempelajari REIKI malah budak berumur 8 tahun boleh mempelajarinya. Tiada sempadan kaum dan agama. 

EVERYONE CAN LEARN REIKI

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 7 November 2014

ADAKAH REIKI BERKHODAM DAN GUNA JIN??

Salam untuk semua..



Lama rasanya tidak menjenguk blog ini. Saya agak sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes "kecil-kecilan" saya dan kadang-kadang "line" internet buat hal. Ini lumrah biasa dalam kehidupan. Yang penting sabar dan tidak mudah melenting. Insya-Allah segala yang dibuat pasti berjaya.

Baru-baru ini saya ada mendapat mesej dari seseorang bertanyakan tentang Reiki iaitu :

"Salam tuan, nak tahu reiki ada guna khodam ke??"

Kepada pembaca sekalian, saya menekankan disini bahawasanya REIKI atau apa jua ilmu di bawah Ilham Sejati adalah ilmu yang tiada langsung mengunakan khodam, jin, syaitan, ifrit dan seumpama denganya. 

Kundalini Reiki yang saya amalkan dan ajarkan adalah tenaga alam semesta cipta Tuhan Yang Maha Besar. Tenaga ini wujud sekian lamanya dan tidak akan musnah hingga ke hari kiamat. 

Antara tenaga alam semesta yang mudah adalah tenaga matahari dan angin. Apabila kita mengeluarkan kata-kata positif maka di situ juga terhasilnya tenaga. Zikir-zikir dan alunan al-quran juga adalah tenaga. 

Seperti yang diketahui, tenaga tidak dapat dimusnahkan tetapi dapat dipindah-pindahkan. Berpandukan aplikasi mudah ini, ilmu tenaga wujud dengan cara interaksi pengamal melalui "niat" mengikut apa jua tujuan dan maksud ilmu itu diamalkan.

Reiki juga begitu. Ia hanya mengaplikasikan prinsip tenaga ini. Memindahkan tenaga alam semesta melalui perantara pengamal itu sendiri dengan mengalirkan tenaga mengikut "niat" yang dibuat. 

Tiada sebarang bantuan pihak ketiga seperti khodam dan apa jua kuasa lain selain dari ALLAH.

Pengamal juga perlu "pasrah" ketika mengalirkan tenaga Reiki. Serahkan bulat-bulat kepada empunya tenaga selepas proses pengaliran tenaga dilakukan. 

Jadi disini ditekankan sekali lagi Reiki tiada sebarang penggunaan khodam atau seangkatan dengannya. 

Anda juga bolek lihat entri-entri saya sebelum ini klik disini dan boleh juga klik di sini

Sekian dulu dari saya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 23 Oktober 2014

TESTIMONI KUNDALINI REIKI : RASA SEMASA BERAMAL

Assalamualaikum..


Salam sejahtera untuk semua. Moga beroleh kejayaan setiap masa di dalam hidup anda. 

Baru-baru ini saya telah memberi attunement kepada seorang pelajar daripada Negeri Sembilan. berikut adalah sedikit butiran mengenainya:

Nama : Qawiy Zulfaqar Bin Mohd Salehudin
Alamat : Bandar Universiti Teknologi Lagenda, Mantin, Negeri Sembilan.
No. Tel : 017-6647336

Beikut sedikit testimoni daripada beliau :

Attunement Kundalini Reiki Level 1 :

"Saya buat semua yang diajar dalam manual. Tiada rasa apa-apa perubahan. Mungkin baru lagi kut."

Selepas Attunement Kundalini Reiki Level 2 :

"Semasa buat attunement, saya tiada rasa apa-apa pun. Tetapi last minit saya dapat rasa lain macam pada kedua-dua belah tapak tangan saya. Jadi saya lebihkan masa kiranya dalam 35 minit. Tapi rasa tu kejap sahaja."

Tuan Qawiy Zulfaqaf masih meneruskan latihan dan menunggu untuk proses attunemet Kundalini Reiki Level 3 pula. 

Ulasan saya:

Sebagai pengamal ilmu Kundalini Reiki atau apa sahaja ilmu tenaga, kita sebagai pengamal jangan terlalu mencari "rasa" ketika beramal. Ya! memang ada kita baca sesetengah orang mengalami pengalaman merasa pelbagai "rasa" ketika mengamalkan Kundalini Reiki seperti rasa getaran, semutan, dan pelbagai lagi "rasa" yang sukar diungkapkan. 

Teruskan beramal lama kelamaan "rasa" akan datang sendiri tanpa diminta. Yang penting adalah manfaat daripada ilmu yang diamalkan. Ambil manfaat itu. Jadikan ilmu Kundalini Reiki sebagai amalan harian. 

"Rasa" adalah "assesori" semata-mata. Ia bukanlah keutamaan semasa beramal. Ada sesetengah pelajar yang terlalu mencari "rasa" sehinggakan menyalahkan ilmu yang dipelajari tidak betul dan lagi parah mencerca dan menghina guru yang mengajarkan ilmu tersebut. Akhirnya ilmu yang dipelajari menjadi sia-sia tanpa amalan. Keberkatan ilmu tersebut ditarik. Ilmu jika tidak dilaksanakan hak-haknya akan menyebabkan pengamal tidak mendapat berkat daripada ilmu itu. 

Antara perkara yang akan berlaku jika keberkatan ilmu ditarik adalah:
  • Jiwa tidak tenteram dan berkeluh-kesah.
  • Hidup bertambah miskin dan tidak pernah cukup walaupun bergaji besar.
  • Hubungan dengan manusia bertambah renggang.
  • Jodoh lambat.
  • Selalu stress.
  • Dan banyak lagi.
Bagi yang berminat dengan ilmu-ilmu tenaga seperti Kundalini Reiki dan Tendai, diharapkan belajar dengan sabar dan terus beramal walaupun sukar.

"Ambil manfaat daripada ilmu yang diamalkan"

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Khamis, 2 Oktober 2014

ILMU AURA ILHAM SEJATI DENGAN 9 BONUS

Assalamualaikum..

Apa khabar untuk semua moga dalam keadaan sihat sejahtera.

Bagi peminat-peminat ilmu AURA, kini kami Ilham Sejati menawarkan Pembelajaran Ilmu Aura secara MUDAH dan MURAH dengan kualiti setanding mahar yang MAHAL-MAHAL. Anda bukan sahaja mempelajari Ilmu Aura tetapi akan dibimbing untuk mendalami Ilmu Aura dengan berterusan. Anda boleh belajar sampai bila-bila sehingga anda mampu berdikari. 

Selain itu, anda juga akan dibekalkan ilmu-ilmu lain secara BONUS dan semestinya tanpa bayaran. MAHAR Keilmuan BONUS ini lebih daripada apa yang anda bayar. Anda mungkin perlu bayar beribu ringgit untuk mempelajari ilmu-ilmu BONUS ini.

Antara BONUS yang akan diberi adalah:
  • Gold Reiki Level Master
  • Ilmu TENDAI level dasar
  • Ilmu selawat murah rezeki Ilham Sejati
  • Ilmu penumbuk sepemikul Ilham Sejati
  • Ilmu Riadah Tembus Pandangan Ilham Sejati
Anda juga akan dapat 1 EBOOK secara percuma iaitu:
  • Ebook Rahsia Yang Hilang bernilai RM50
Bukan itu sahaja. Jika anda belajar secara HADIR DIRI anda akan diajar 2 ILMU BONUS LAGI iaitu:
  • Ilmu Pendulum untuk meraih impian
  • Ilmu Emosional Freedom Teknik (EFT)
TUNGGU ada lagi satu. Anda akan dapat 1 Ilmu iaitu:
  • Mempelajari Ilmu menjadikan Anda Sebagai MAGNET WANG
 BERAPA YANG ANDA KENA BAYAR??

RM3000

RM1000

Anda sebenarnya perlu membayar mahar sebanyak RM300 sahaja!!!!

9 Bonus diberi FREE

TUNGGU!!

Anda juga akan dimasukkan ke FACEBOOK ILHAM SEJATI dan dapat bimbingan PERCUMA!!

HANYA RM300!!!!

Hubungi saya Master Mohd Azrul 013-9053982

Yakin, Usaha, Pasrah!!






Isnin, 22 September 2014

MEMBERI ATTUNEMENT KUNDALINI REIKI

Assalamualaikum,

Lambat update kerana banyak urusan. Pada 28/8/2014 saya telah memberi attunement kundalini reiki kepada En. Masrom. Berikut adalah serba sedikit butirannya:

NAMA : MASTER MOHAMED MASROM BIN SUMANI

ASAL : PAHANG

PEKERJAAN : KERJA DI PELANTAR MINYAK

PENGALAMAN : PERNAH BELAJAR DI "SEKOLAH PONDOK" DI INDONESIA. BERPENGALAMAN DENGAN ILMU TENDAI DAN BEBERAPA ILMU TENAGA YANG LAIN.



-Proses attunemet berlaku-

-Bergambar kenangan-



Rabu, 17 September 2014

TERAPI AURA DAN PENYEMBUHAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum,


Saban hari jika diperhatikan kaedah rawatan moden kini lebih menjurus kepada penggunaan ubat-ubatan "tahan sakit". Contoh jika kita demam, doktor akan memberikan ubat PCM (panadol). Mungkin sakit akan sembuh atau terus berlarutan. Ubat "tahan sakit" ini hanya membantu tubuh untuk bertahan daripada bakteria atau virus penyebab penyakit itu. Punca sebenar penyakit tidak "dirawat" sepenuhnya. Contoh demam tadi, mungkin pesakit terkena demam akibat daripada tekanan kerja yang mengganggu sistem tubuh. Ubat 'tahan sakit" yang diambil hanya memberi pesakit "keselesaan" sementara dan bukan merawat punca demam itu tadi.

Kita sebenarnya tahu yang kebanyakan ubat "tahan sakit" adalah daripada DADAH terkawal. Pengambilan berterusan untuk jangka panjang lambat laun akan memberi kesan kepada sistem tubuh. Mungkin hari ini kita sihat kerana makan ubat "tahan sakit" tetapi jika tidak dikawal, kita sebenarnya merosakan tubuh kita sendiri.

Untuk pengetahuan semua, tubuh manusia mempunyai mekanisma "Penyembuhan Diri Sendiri" secara alami. Contoh, jika kita luka. Darah akan keluar tetapi untuk jangka masa yang pendek, darah itu akan membeku membentuk "keruping" yang akan menghalang darah terus keluar. Ini menyebankan luka tadi mempunyai "bekas" kekal kesan daripada luka itu tadi.

Contoh yang lainnya, jika kita letih sangat selepas seharian bekerja keras. Badan lenguh-lenguh. Kita terus masuk tidur. Kita tidur dengan nyenyak dan keesokkan hari kita akan bangun dalam keadaan segar. Pelik kan? Tubuh sebenarnya menjalankan tugas "Penyembuhan Diri Sendiri" secara alami tanpa bantuan apa-apa alatan.

Walaupun tubuh mempunyai mekanisma "Penyembuhan Diri Sendiri", fungsi ini kadang kala tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna. Sistem tubuh menjadi tidak normal sekiranya terdapat gangguan luar seperti gangguan aliran darah, tekanan berterusan, fobia, trauma melampau, gangguan makhluk halus, tidak menjaga pemakanan, aktiviti tidak sihat dan sebagainya.


Kita mempunyai 7 cakra utama yang menghubungkan setiap organ-organ pada tubuh. Jika terdapat gangguan pada satu-satu organ maka, cakra yang berhubung denganya turut terkesan. Biasan daripada 7 cakra ini adalah AURA. Ia adalah "cerminan" kepada cakra-cakra utama. Organ, cakra dan AURA saling berhubung antara satu dengan lain. Jaringan antara ketiga-tiga kompenan itu membentuk sistem tubuh yang komplek.

Dengan mengamalkan TERAPI AURA dapat membantu tubuh menjalankan tugasnya secara alami. Mekanisma "Penyembuhan Diri Sendiri" dapat menjalankan tugas dengan sempurna. TERAPI AURA tidak memerluka pengetahuan yang rumit. Pengamal hanya meletakkan tapak tangan ke tubuh dan amati sahaja aliran tenaga. Sensasi-sensasi tertentu akan dirasa seperti getaran, semutan, ketenangan, mengantuk dan banyak lagi. Ia adalah normal sebagai tanda TERAPI AURA itu menjalankan tugasnya membantu tubuh menyembuhkan dirinya sendiri.

TERAPI AURA adalah alami.
TERAPI AURA membantu tubuh untuk sihat
TERAPI AURA tiada unsur mistik
TERAPI AURA adalah sains mengenal tubuh

Insya-ALLAH anda akan diajar mengenal TERAPI AURA dan seterusnya mengamalkan sepanjang kehidupan ini. 

Moga anda mendapat sedikit maklumat..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 16 September 2014

KUASAI WANG KUASAI KEKAYAAN (ABANG ABU)

Assalamualaikum..

Moga anda diberi ketenangan dan kegembiraan di dalam kehidupan seharian. Baru-baru ini saya telah mengikuti satu seminar berkaitan "Pengurusan Wang". Seminar ini dibuka untuk semua dan ianya FREE. Best kan!!

Boleh klik ke blog Abang Abu (Di Sini)

Seminar ini bukan semata-mata tentang wang tetapi ia adalah seminar untuk membuka minda kita tentang kehidupan. Antara yang akan diajar adalah:

  • Mengenali Aliran Wang Anda
  • Memahami Keadaan Kewangan Anda
  • Membetulkan keadaan dengan MEKANIK$
  • Kenali Aset dan Liabiliti
Malah anda akan diajar pelbagai lagi ilmu tentang wang. 

"KEKAYAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB"


-Abang abu (tengah) bersama penulis-









Khamis, 4 September 2014

PASIF INCOME

Salam untuk semua..


Dewasa ini kita dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang. Gaji RM3000 hanya dapat hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang jika hidup di ibu kota. Terpaksalah yang berkeluarga membuat bajet dan mengikat perut. Yang bujang terpaksa menahan diri dan bersusah payah kumpul duit untuk kahwin. Malah banyak lagi kesukaran dan bebanan yang terpaksa ditempuhi.

Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Keluar sahaja dari rumah maka banyaklah terpaksa kita keluarkan duit. Minyak kereta, bayaran tol, bayar parking, makan di kedai, berbelanja dan macam-macam lagi. Tahu-tahu dipertengahan bulan duit dah menyusut dan diri hampir-hampir tenggelam kerana tak cukup duit.

Diwaktu ini maka kita "bebankan" diri dengan hutang kad kredit dan buat pinjaman dengan bank atau "along". Nak hidup selesa tapi tak ukur baju pada badan sendiri. Akhirnya diri juga merana dengan beban hutang yang tidak berkesudahan.

Jadi apa penyelesaiannya??

Mudah! Kurangkan pembelanjaan dan tingkatkan pendapatan. Kerja dari pagi sampai malam 16jam sehari atau mungkin 24 jam sehari. Lambat laun badan mula sakit-sakit dan hidup pun bertimpa-timpa susahnya.

Jadi apa perlu kita buat sebenarnya??

Mulakan PASIF INCOME anda SEKARANG!!


Anda yang boleh mengubah diri anda.. 

Yakin, Usaha, pasrah..




Ahad, 17 Ogos 2014

PENCERAHAN UNTUK ANDA


Salam untuk semua.. Moga berbahagia dan gembira selalu hendaknya.. Kita masih berada di bulan Syawal dan mungkin ramai yang masih berada di "mood" berhari raya.. Gembira gembira juga tapi perlu berpada.. Ingat saudara kita yang tidak bernasib baik.. 

Sejak akhir-akhir ini saya selalu dihubungi dan dimesej untuk bertanyakan tentang RAWATAN.. Ada yang bermasalah dengan suami, masalah tunang lari, Isteri main kayu tiga, ada minta nasihat rumah tangga, ada minta scan diri, minta pedinding dan macam-macam lagi..

Pertama-tamanya saya bukannya BOMOH, TABIB atau seumpamanya.. Buat masa ini (ogos 2014) saya adalah manusia biasa yang BERMINAT dengan ilmu METAFIZIK terutamanya ILMU REIKI.. Saya masih belajar, mengkaji, mendalami dan mempraktikan ilmu ini di dalam kehidupan saya.. Ada beberapa kes yang saya cuba "menolong" seadanya dan syukur pada Allah ia berjaya.. Ada kalanya jika tidak berhati-hati merawat penyakit terutama yang berkait dengan alam ghaib, saya yang "terkena" tempiasnya.. Ini mungkin khilaf saya.. Hanya kepada Tuhan tempat saya berserah..

Blog Ilham Sejati ini saya hasilkan adalah untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa yang Tuhan kurniakan.. Disamping itu, saya menjalankan seisi pembelajaran ILMU REIKI dan beberapa ilmu lain yang diberi sebagai bonus sebagai pendedahan awal terutama yang masih baru memasuki laman metafizik ini.. Mahar yang dikenakan jauh berpatutan berbanding kelas-kelas REIKI seumpamanya..

Saya semampunya TIDAK MAHU terlibat dengan kerja rawat merawat ini sebab saya TERSANGAT sibuk dengan kerja hakiki saya.. Ikhlasnya banyak perkara yang perlu dibuat untuk melakukan satu-satu rawatan dan ia mengambil BANYAK masa saya.. Ini belum lagi hal-hal berbangkit.. 

Jadi buat masa sekarang saya membuat keputusan TIDAK melakukan sebarang rawatan sama ada jarak jauh atau berdepan.. Saya HANYA akan menjalankan seisi pembelajaran ILMU REIKI.. Jadi untuk tidak membuang masa kita bersama, anda yang memerlukan rawatan boleh mencari "pakar-pakar" di dalam bidang ini..

Sebenarnya, dengan mempelajari SENDIRI ilmu Reiki anda mampu mempraktikan ilmu ini untuk pelbagai tujuan.. Anda mungkin hanya berhabis beberapa ratus untuk ilmu Reiki berbanding anda berhabis beberapa ribu untuk proses rawatan yang memakan masa, berabis wang dan tenaga anda.. Belum lagi masuk isu ditipu dan mungkin terjumpa "bomoh gatal".

Mahar bagi ilmu dikeluarkan sekali SEUMUR HIDUP.. Dikebanyakan situasi, proses rawatan memerlukan komitmen yang tinggi. Anda terpaksa berjumpa "bomoh" lebih dari sekali untuk rawatan susulan.. Mungkin dua atau tiga kali dan mungkin beberapa siri rawatan susulan lainnya.. Ini melibatkan wang yang BANYAK.. Anda fikirkan sendiri..

Saya mungkin akan menjalankan rawatan dimasa hadapan jika benar-benar bersedia.. Buat masa sekarang saya tumpukan kepada mengajar ILMU REIKI.. 

Moga pencerahan ini dapat menjernihkan keadaan..Insya-ALLAH..

Jika ada yang mudah
Mengapa diambil yang payah..??

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 11 Ogos 2014

RE-ATUNEMENT REIKI PERCUMA

Salam untuk semua.. Saya telah diminta untuk melakukan Re-Atunement (penyelarasan semula) Kundalini Reiki oleh Master Kamarul.. Apa yang menarik Re-Atunement ini adalah percuma dan dilakukan di luar rumah iaitu di kawasan padang pada waktu malam.


Semasa proses re-atunement ini, Master Kamarul merasakan lebih getaran energi dari biasa dan sangat tenang. Suasana gelap dan ditambah dengan dingin malam menjadikan meditasi kali ini lebih "fokus". Ini ditambah dengan bunyi cengkerik dan sekali sekali hembusan bayu malam mententeramkan jiwa yang sedang bermeditasi. 

Saya juga berkongsi dengan Master Kamarul "tip-tip menjadi magnet wang". Teknik ini mudah diamalkan dan sangat rahsia. Dengan teknik ini, kita mampu "install" kembali minda bawah sedar menjadi lebih fokus di dalam hidup demi meraih sebarang hajat. 

Pengalaman ini saya kongsikan PERCUMA dari masa ke semasa mengikut kelapangan. Ada kalanya saya melakukan Re-Attunement secara jarak jauh tetapi pengalaman bermeditasi di luar kawasan rumah adalah pengalaman yang sangat menenangkan.

Moga anda mendapat kecerahan dan terus bersama Ilham Sejati untuk panduan ilmu reiki yang lain dari lain..

Yakin, Usaha, Pasrah..



 

Khamis, 31 Julai 2014

BERAYA SAKAN


Salam untuk semua......

Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua........

Gembira hati terasa sangat,
Bertemu taulan tangan bersalam,
Bila beraya perlu beringat,
Beraya berpada ikutan Islam.

Beraya perlu berpada-pada. Ingat saudara-saudara kita di GAZA sedang bergolak dan nyawa umpama di hujung tanduk. Gembira perlu berlandaskan cara Islam. Tapi bagaimana ya??

Antara tip yang boleh diambil adalah:

  • Jangan membazir 
  • Banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan
  • Banyak senyum dan memberi salam
  • Kunjung mengunjung orang terdekat dahulu 
  • Positifkan pemikiran 
  • Banyak berdoa meminta ampun
  • Jaga perlihatan mata anda
Tip ini amalkan semampunya. Biar sedikit tetapi berterusan. Insya-Allah moga kita semua berjaya menjadi umat yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT..

Sekian....

Yakin, Usaha, Pasrah....



Selasa, 15 Julai 2014

TESTIMONI REIKI MALAYSIA

Moga anda dirahmati dan hari-hari anda dihiasi dengan ketenangan. Insya-Allah..

Saya paparkan testimoni sebenar pelajar Kundalini Reiki level Master..


Yakin adalah kunci ilmu Reiki. Ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Tiada pantang larang. Ia amat mudah dipelajari dan diamalkan. Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah



TESTIMONI KUNDALINI REIKI


Testimoni daripada pelajar Ilham Sejati. Moga bermanfaat.

Yakin, Usaha, Pasrah..

Isnin, 7 Julai 2014

HARGAI HIDUP


Salam untuk semua..

Moga beroleh keceriaan dan ketenangan selalu hendaknya..

Hidup kita jika dihitung mungkin sekitar 60 sehingga 70 tahun. Ada juga dari kecil telah dijemput tuhan sebelum dapat mengenal dunia. Ada yang sekitar 20 tahun telah mendahului kita walhal baru mahu mengenal hidup. Singkatnya hidup ini umpama lilin. Bila-bila masa sahaja mampu terpadam. Tidak dapat ditunda, tidak dapat dihentikan.

Kita perlu  hargai hidup. Jangan rosakkannya. Hidup sesingkat ini tidak perlu disia-siakan. Namun begitu, anda perlu TAHU cara yang benar untuk menghargai hidup. Antaranya:
  • Hargai orang sekeliling anda.
  • Hormati orang yang lebih tua.
  • Sayangi mereka yang lebih muda.
  • Banyakkan amal kebaikan dalam kehidupan anda.
  • Buat apa yang anda suka berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
  • Hargai alam sekitar.
  • Banyakkan zikir dan berselawat.
Itulah serba sedikit amalan yang dapat diamalkan. Insya-Allah anda akan dirahmati oleh-NYA..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 4 Julai 2014

MENJADI KAYA ATAU KAYAP


Salam untuk semua, moga beroleh kebahagian di bulan mulia ini..

Pertama-tamanya mari kita sama-sama bersedekah pahala surah Al-Fatehah kepada kedua ibu bapa sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mendahului kini..Insya-Allah..

Sejak akhir-akhir ini kita terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang-barangan keperluan sehingga kita berkeluh kesah dengan hal ini. Ada pelbagai "demonstrasi" diluar sana dibuat agar pihak berkenaan menurunkan harga barang. Gaji RM1000 hari ini bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah diwar-warkan oleh media jika kita bergaji RM3000 dan duduk di kota besar maka kita dikelaskan sebagai "miskin"..

Amat kesian kepada kita terutamanya yang beragama Islam dan berbangsa meLAYU hidup terus-terusan sebagai bangsa kelas ketiga dibumi sendiri. Kita adalah "tuan" yang menumpang di rumah "hamba"nya. Maaf jika kata-kata ini menyentuh diri anda. Nasihat ini dituju khas untuk saya dan juga anda yang ingin "berUBAH"..

"Tuhan tidak akan mengubah hamba-NYA melainkan hamba itu sendiri mengubahnya"

Anda perlu menjadi KAYA atau terus KAYAP.. Ini pilihan anda.. Apa yang perlu kita buat untuk berUBAH??

Pertama-tamanya adalah UBAH persepsi kita tentang keKAYAan.. Bagaimana anda memandang keKAYAan itu maka itulah persepsi anda.. Duit bukan semata-mata menyumbang kepada keKAYAan..

Persepsi adalah apa yang anda fikir. Setiap apa yang kita fikir dan tumpukan perhatian akan menjadikan diri kita MAGNET kepada perkara tersebut. Jadi kita menjadi KAYA atau KAYAP adalah pilihan kita. Dua jawapan sahaja sama ada KAYA atau KAYAP..

Pilihan di tangan anda..

-Bersambung-

Yakin, Usaha, Pasrah..



Sabtu, 28 Jun 2014

SELAMAT BULAN PUASA

SeLaMaT BeRPuAsA KePaDa SeMua..

Moga anda beroleh kejayaan di bulan mulia ini.. Antara amalan yang boleh dibuat antaranya:
  • Belanja sahabat berbuka puasa
  • Tolong masak menu berbuka puasa
  • Berzikir dan berselawat banyak-banyak
  • Banyakan DIAM dari bercakap
  • Menunaikan solat terawih
  • Bersedekah semampunya
  • Baca Al-Quran walaupun sikit tetapi istiqomah
Banyak lagi amalan yang boleh diamalkan. Yang penting adalah ISTIQOMAH. Lakukan sedikit tetapi berterusan.

Moga kita beroleh kejayaan.. Insya-ALLAH!!!!

Yakin, Usaha, Pasrah..



Isnin, 9 Jun 2014

BELAJAR AURA BELAJAR REIKI

Berikut adalah seisi pembelajar Kundalini Reiki yang diadakan baru-baru ini :

-Master Azrul Sedang menyelaras Tenaga Pelajar-

-Menguji Tenaga-

-Antara Ilmu Bonus Untuk Pelajar Iaitu Ilmu EFT-

-Ceria Selalu-


Nama Pelajar : Master Maimunah Binti Tasman
Alamat : Kluang, Johor
No. Tel : 017-7935663

Master Maimunah merupakan pengamal Terapi Urutan Tradisional di Kluang. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat beliau boleh hubunginya segera..


Belajar Reiki Aura

Berikut adalah gambar seisi pembelajaran seorang pelajar Kundalini Reiki :

-Proses attunement sedang dijalankan-

-Belajar ilmu aura-

-Bergambar kenang-kenangan-

Nama Pelajar : Master Hamizan Bin Amin
Alamat : Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor
No.Tel : 019-7084228


Jumaat, 6 Jun 2014

JANGAN SYIRIKKAN REIKI


Salam untuk semua..Semoga sihat dan sentiasa beroleh manfaat setiap hari..

Baru-baru ini sempat berbual dengan seorang "kakak" tentang Reiki. Menurut "kakak" ini, ada dikalangan saudaranya telah mempelajari Reiki tahap Master. Saudaranya membuat rawatan Reiki dan mengajarkan Reiki kepada yang berminat. Tetapi ada sedikit ketidakfahaman "kakak" ini tentang cara pengamalan ilmu saudaranya.

Katakan saudara "kakak" tadi sebagai A. Menurut A, beliau mampu merasa aura-aura negatif dan mengesan hal-hal mistik serta dikatakan berkebolehan melihat jin. Pernah pada satu rawatan yang dijalankan A, apabila menyentuh kaki pesakit, tiba-tiba tangan A seperti terkena renjatan elektrik. A memberitahu pesakit mempunyai masalah SAKA dan perlu diubati segera. Oleh itu, pesakit perlu membayar bayaran lebih sedikit dari biasa bagi tujuan "membuang" SAKA. 

A juga tidak menjaga tali persaudaraan kerana telah lebih 10 tahun tidak bertegur sapa dengan "kakak". Kemungkinan hal ini kerana salah faham yang berlaku selepas "kakak" menegur cara rawatan yang dibuat oleh A.

Saya melihat isu ini serius kerana ia melibatkan KEJUJURAN seorang pengamal perubatan yang beragama ISLAM. Sebagai pengamal Reiki, kita tidak semudahnya memberikan "diagnos" atau penerangan sebarang penyakit yang dideritai oleh pesakit jika kita tiada sebarang ilmu kedoktoran. Hanya doktor yang bertauliah sahaja boleh berbuat demikian. Pengamal Reiki hanya bertindak sebagai PENGALIR TENAGA. 

Secara keseluruhan pengamal Reiki perlu :
  • Menjaga tatasusila sebagai pengamal Reiki semasa menjalankan rawatan.
  • Tidak "mendiagnos" penyakit kecuali anda seorang doktor bertauliah.
  • Tidak cepat membuat sangkaan-sangkaan negatif kepada pesakit.
  • Anda perlu pasrah atau redha kepada Maha Pencipta.
  • Amalkan 5 prinsip hidup Reiki.
Reiki mengajar pengamalnya untuk bersikap pasrah kepada kuasa Yang Maha Agung. Kita sekadar "meminjam" tenaga tersebut untuk tujuan-tujuan kebaikan. Reiki adalah tenaga alam dan ia bersifat positif. Jangan "SYIRIK"kan Reiki kerana ia semata-mata sebagai ikhtiar dan alat untuk diamalkan bagi mencapai maksud ke arah kebaikan.

Sekadar renungan dan perkongsian..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 19 Mei 2014

DO IT YOURSELF


Salam untuk semua.. Moga anda dirahmati oleh Tuhan Yang Berkuasa. Pertamanya mari kita memohon moga Tuhan menenangkan diri kita dan mempermudahkan kita untuk mendalami ilmu-NYA.. Luar ilmu Tuhan tiada bertepi sehingga jika diberikan sebatang pena dan selaut dakwat sekalipun tidak akan mampu menulis segala keilmuan itu. Nyata ilmu Tuhan tiada bertepian (infiniti).

Dalam mempelajari ilmu RAWATAN dan sekaligus mengamalkannya untuk keperluan sehari, Kami di Ilham Sejati menekankan kaedah Do It YourSelf. Anda lakukan sendiri RAWATAN untuk diri dan keluarga anda.

Jangan harapkan orang lain untuk melakukan rawatan untuk diri anda. Anda bakal mendapat banyak manfaat dan kebaikan jika mempelajarinya, antaranya:
  • Menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
  • Mendapat berkat kerana mempelajari Ilmu Tuhan.
  • Dapat menolong diri, keluarga dan masyarakat setempat.
  • Menjimatkan wang kerana setiap Rawatan memerlukan kos yang tinggi.
  • Anda boleh lakukan Rawatan bila-bila masa sahaja.
Do It YourSelf menekankan keyakinan dan kesungguhan anda dalam beramal dan mendalami ilmu Reiki. Anda mampu lakukan seperti apa para perawat mengubati penyakit tertentu. Dengan itu dapat mengelakkan anda dari tertipu dengan para perawat yang merawat kerana duit semata-mata.

Do It YourSelf..

Jika anda ingin mempelajari Teknik Rawatan Aura Reiki sila hubungi saya segera.. Insya-Allah ianya berbaloi..

Yakin, Usaha, Pasrah..


 

Jumaat, 16 Mei 2014

RAMAI GAGAL URUS TEKANAN HIDUP


Salam semua.. Moga sihat dan bertambah rezeki hendaknya..

Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai masalah, konflik dan persoalan yang membebankan minda, melemahkan tenaga dan seterusnya mengundang penyakit-penyakit merbahaya. Kesihatan rohani dan jasmani amatlah penting berbanding duit berjuta-juta. Orang kaya yang berduit jika berpenyakit akan menghadkan dirinya daripada menikmati kekayaan yang dimiliki. Jika berpenyakit segalanya mesti berpantang. Tidak boleh makan sebarangan. 

Berapa umur anda sekarang?

22 tahun? 34 tahun? atau 68 tahun?

Berapa kali tubuh anda di-SERVIS????

Ye saya tidak bergurau.. Berapa banyak wang dan masa yang digunakan bagi kerja-kerja SERVIS diri anda????

Ada yang makan makanan tambahan dengan pelbagai khasiat dengan harga yang boleh tahan. Ada yang pergi buat rawatan dengan ribuan ringgit dihabiskan. Ada yang berdiet dan sangat-sangat menjaga pemakanan. Apa yang penting disini, anda berusaha untuk SIHAT. Tahniah!

Kita perlu amalkan kehidupan yang sihat. Makan makanan sihat. Bersenam dan mengamalkan amalan hidup sihat. Yang penting anda perlu TENANG.

Stress atau tekanan membuatkan badan anda berpenyakit. Percayalah anda akan cepat TUA. Senyum kurang, masam memanjang..

Saya mengamalkan Terapi Reiki dalam kehidupan. Tenaga diselaraskan dan diseimbangkan. Reiki terbukti dapat MENENANGKAN pengamalnya. Minda anda direhatkan dan keadaan ini gelombang minda anda berada pada tahap alpha. Minda berehat pada tahap ini....

Walau apa jua tahap tekanan anda, saya nasihatkan jangan terus-terusan begitu. Berhenti dari terus membiarkan diri anda pada tahan tekanan melampau. 

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!

Kami di Ilham Sejati akan berkongsi dengan anda teknik dan kaedah TERAPI AURA REIKI dengan mahar yang sangat rendah. PALING RENDAH di MALAYSIA. Anda boleh selidik di tempat lain.

Bertindak untuk lebih SIHAT!!!!

Yakin, Usaha, Pasrah..




Rabu, 14 Mei 2014

SYIRIK KAH REIKI????


-Petikan Dari Otai Reiki (Master Hisham)-

Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya diciptakan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai 'namanya' tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.
Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: "Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini". (Teringat cerita 'Pendekar Bujang Lapok' Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.
Setahu saya, dalam reiki kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?
Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan... anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan 'sifat energi' reiki itu sendiri yang alami.
Jika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin.
INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).
Ada yang bertanya lagi: "Kalau 'pintu tenaga' (chakra
) dah terbuka, tak ke senang jin syaitan masuk"?
Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.

Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit lagi.
Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur'an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!

Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).
Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.
Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang 'internet marketer' membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer... apa akan terjadi? Tak ke pening. Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran "Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?
Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:
“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan!

Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat.
Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak 'menghukum' hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.
Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : "Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya".
Hanya yang 'ahli' memahaminya.
Wassalam.

Yakin, Usaha, Pasrah..



Selasa, 13 Mei 2014

ATTUNEMENT UNTUK ORANG KUANTAN

Salam untuk semua.. Baru-baru ini saya telah melakukan penyelarasan @ attunement secara berhadapan. Berikut adalah foto yang sempat diambil:

-Proses attunement sedang dilakukan-

-Sesi ramah mesra-

-"Abang" yang peramah-

Beliau bernama Ahmad Asa'ri berumur 49 tahun berasal dari Sungai Besar tetapi menetap di Kuantan. Terima kasih kepada beliau kerana sudi datang dari jauh untuk mempelajari Reiki. 

Kepada yang berminat untuk mepelajari Reiki, anda diseru untuk mempelajarinya bersama kami di Ilham Sejati. Walau apa jua tujuan dan sebab anda belajar, kami di Ilham Sejati akan memberi tunjuk ajar semampunya. Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..







TERAPI AURA REIKI DI SABAH

-Terapi Aura Reiki sedang dijalankan-


Pada minggu lalu saya telah melawat keluarga mertua di Ranau, Sabah. Ketika itu ada satu keluarga meminta saya untuk melakukan rawatan aura kepada orang tua mereka. Dalam masa yang sama, saya telah melakukan attunement kepada salah seorang ahli keluarga mereka. Ini merupakan keperluan keluarga itu jika ingin melakukan terapi aura dihari kemudian.

Pesakit mengalami masalah kemurungan dan gangguan pada cakra mahkota serta beberapa cakra utama yang lain. Umur dalam lingkungan 65 tahun. Seorang beragama Kristian. Beliau sukar menerima rawatan dari doktor, mungkin sebab sudah putus asa. Namun begitu setelah dipujuk, beliau mula menunjukan minat bagi menjalankan rawatan aura Reiki bersama saya. 

Setelah beberapa hari melakukan terapi aura Reiki, pesakit mula menunjukan tanda-tanda positif. Pesakit mula suka berbual dengan orang ramai dan bertambah selera makan. Terapi aura Reiki perlu dilakukan selalu setiap hari bagi memaksimumkan kesannya. Rawatan mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun bagi melihat keberhasilannya. Ia umpama mengambil "supplement" atau makanan tambahan bagi tubuh. Bukan boleh sehari dua lakukan rawatan walhal penyakit sudah beberapa tahun dihadapi.

Insya-Allah, walau apa jua penyakit boleh "diubati" dengan Terapi Aura Reiki. Kesembuhan datangnya daripada Maha Pencipta. Kita sekadar berusaha. Terapi Aura Reiki boleh digunakan oleh mana-mana agama. Tiada pantang larang. 

Hubungi kami di Ilham Sejati jika anda ingin mempelajari Tetapi Aura Reiki dan menggunakannya untuk kesembuhan seharian anda dan keluarga. 

Yakin, Usaha, Pasrah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...