Khamis, 27 Mac 2014

TIKET KE SYURGA

Salam untuk semua.. Negara kita dihuru harakan dengan pelbagai berita yang mengejutkan keseluruhan rakyat. Banyak kejadian yang berlaku. Ada yang redha dan ada yang menyalahkan sesama sendiri.

Kemarau, banjir, ketiadaan air, kehilangan MH370 dan banyak lagi berita-berita yang mengejutkan berlaku setiap hari. Adakah itu takdir dari Tuhan atau ujian kepada kita??

Kita perlu beringat setiap masa dan ketika, kita sebenarnya menumpang di bumi Tuhan ini. Tuhan tidak akan memberikan kita ujian yang tidak dapat kita hadapi.

Sama ada ia adalah takdir mahupun ujian daripada Tuhan, kita sebagai hamba di muka bumi ini perlu beringat dan mempersiapkan diri. Lakukan perubahan ke arah kebaikan.

Segala kesengsaraan di muka bumi adalah "Tiket" untuk menuju ke Syurga. Jika kita sabar dan mengikut peraturan Tuhan maka, kita beroleh kemenangan. Kemenangan ini memberi kita modal untuk membeli "Tiket" yang dimaksudkan. Ia tidak semudah itu. Kita perlukan kesungguhan yang mantap.

Antara amalan untuk modal membeli "Tiket" ke syurga adalah:

  • Memberi sedekah secara istiqomah walaupun sedikit.
  • Mengasihi orang sekeliling dan mengeratkan siratulrahim.
  • Bekerja kerana Allah dan bukan kerana duit semata-mata.
  • Solat berjemaah.
  • Solat sunat.
  • Berzikir secara istiqomah.
  • Melawat orang sakit.
Malah terdapat banyak amalan kebaikan yang boleh kita lakukan. Insya-Allah kita beroleh syurga Allah.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 24 Mac 2014

MUNGKINKAH KITA DISIHIR??

Salam untuk semua..

Baru-baru ini saya menerima mesej dari seseorang berkaitan ilmu berkaitan tenaga berpotensi menyebabkan pengamalnya disihir dan terkena gangguan jin. Mesej ini menyesatkan terus dan menyatakan ilmu berkaitan tenaga adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad.

Adakah betul penyataan ini??

Adakah kita berpotensi disihir jika belajar??

Mungkin kita lupa sejarah dimana Nabi Muhammad sendiri pernah disihir. Baginda yang maksum tetap berhadapan situasi ini. Apakah darjat kita menyamai Baginda?? Kita adalah umat Baginda dan dinaikkan taraf sebagai khalifah di muka bumi ini oleh Allah. 

Nabi Muhammad mengajar kita berkaitan Islam. Baginda menyeru kita berpegang kepada Al-Quran dan 
Al-Hadis sebagai panduan hidup. Al-Quran sendiri adalah Ilmu Tenaga. Di sebalik bait-bait kata di dalamnya terdapat khazanah kita terhebat. Mendengarnya sahaja membuatkan hati tenteram. Apatah lagi membaca dan seterusnya mengamalkan isi kandungannya. Maha Suci Allah yang menjadikan AL-Quran untuk bekalan kita sebagai hamba-Nya. 

Memang Reiki dijumpai oleh orang Jepun dan di ubah suai sehingga terdapat banyak variasi ilmu Reiki di dunia ini. Itu tidak dapat dinafikan. Adakah kerana Reiki tidak diajar oleh Nabi Muhammad maka ia terus dikatakan sesat??

Selagi mana sesuatu ilmu itu tidak bertentangan dengan Islam maka hukumnya harus untuk dipelajari. Variasi Reiki yang saya amalkan adalah Kundalini Reiki. Ia tidak berkaitan dengan mana-mana agama di dunia ini. Tiada satu pun modul dalam Reiki menyuruh pengamalnya menyembah tuhan selain Allah.

Sebagai orang Islam, saya adaptasikan ilmu Kundalini Reiki sejajar dengan pegangan saya sebagai orang Islam. Malah jika anda beragama apa pun saya tetap akan mengajarnya. 

Pengamal Kundalini Reiki diminta PASRAH semasa mengalirkan tenaga Reiki. Kita meletakkan kekuatan kita di belakang dan mengangkat kuasa Maha Pencipta ditingkat teratas. 

Jangan disalahkan ilmu tersebut tetapi lihat pada pengamalnya. Banyak sekarang ini ilmu-ilmu sesat diajar dan bertebaran merata-rata. Kita cermin diri dulu dan kuatkan akidah. Selidik dan kaji dulu sebelum beramal. Jangan tangkap muat sahaja. 

Sekian dulu dari saya Master Azrul..

Yakin, Usaha, Pasarah..



Jumaat, 21 Mac 2014

KUNDALINI REIKI TIDAK SESAT


sumber : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/tag?q_detail_id=100102


Banyak diluar sana yang menyalah anggapkan ilmu-ilmu tenaga terutamanya Kundalini Reiki sebagai sesat sehinggakan langsung tidak mempercayai ilmu itu wujud.

Tidak dinafikan Kundalini Reiki ditemukan oleh orang luar yang bukan beragama Islam. Adakah kita 100% boleh beranggapan ilmu ini sesat semata-mata melihat susur galur ilmu ini sendiri. Jika tiada kaitan dengan Nabi Muhammad terus dikatakan sesat???

Segala ilmu dimuka bumi ini adalah ilmu Allah. Ada kalanya ia diturunkan dan ditemukan oleh orang tertentu. Kita sebenarnya rugi jika tidak mengambil manfaat daripadanya jika ia tidak melanggar syariat.

Petikan di atas jelas menyatakan bahawa Terapi Penyembuhan Reiki tidak sesat. Walaupun terdapat banyak jenis Reiki dimuka bumi ini yang membezakannya adalah cara aplikasi.

Kundalini Reiki tidak melanggar syariat Islam kerana:

  • Tidak berkaitan dengan mana-mana agama dimuka bumi. Pengamal bebas mengamalkannya tanpa terikat mana-mana agama.
  • Tidak melibatkan sebarang ritual pelik dan mistik.
  • Tiada mentera, rajah, kata-kata yang tidak difahami.
  • Tiada simbol diamalkan.
  • Tidak memuja dan menyembah benda-benda syirik.
  • Pengamal hanya pasrah dan meletakkan ketentuan di tangan Tuhan.
  • Tiada istilah "menurun" dalam Reiki.
  • 100% ilmu sains berkaitan tenaga.
Jika anda berminat dan mempunyai sebarang soalan sila hubungi saya segera. Kursus Kundalini Reiki di bawah Ilham Sejati dijamin TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia.

Dijamin Puas Hati...Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Khamis, 20 Mac 2014

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) PERCUMA



Salam untuk semua moga dirahmati dan dikasihi setiap waktu..

Saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu ilmu yang sangat berguna iaitu ilmu Tenaga Dalam Ilahi.
Apa itu Tenaga Dalam Ilahi????

Tenaga Dalam Ilahi = TENDAI = GEMBLENGAN DAYA SEJATI INSANI

Keilmuan Tendai lebih di kenali sebagai Gemblengan Daya Sejati Insani. Di mana Gemblengan itu sendiri bermaksud latihan, lakukan, buat atau apa sahaja yang membawa maksud kita mesti melakukan sesuatu sekiranya kita inginkan sesuatu.

DAYA pula membawa maksud kekuatan empat kerat yang ada di dalam diri kita, maksudnya keilmuan/kelebihan yang akan kita dapat hasil daripada latihan kita nanti bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri.

SEJATI pula bermaksud kemampuan murni tanpa perlu bantuan ENERGI dari luar seperti AZIMAT, KHODAM, JIN dan sebagainya.

INSANI pula adalah kemampuan seseorang. Maknanya setiap orang mempunyai kemampuan/bakat dan hala tuju masing-masing yang telah di tetapkan oleh Allah Swt sewaktu kita di dalam kandungan ibu lagi.

Kesimpulannya GEMBLENGAN DAYA SEJATI INSANI adalah proses penyelarasan energi universal (Kosmo) dan Energi Manusia (Kosmic) supaya menjadi bersatu dan kita tidak lagi menentang arus pengaliran energi universal, kerana Energi Universal bersifat kekal, sedangkan energi manusia bersifat berubah-ubah.

Di Ilham Sejati, kami memberi anda peluang mempelajari ilmu Tenaga Dalam Ilahi peringkat dasar secara PERCUMA. Sila rujuk ruang pakej.

Jika ada soalan sila hubungi saya segera. Insya-Allah saya akan membantu semampunya.

Yakin, Usaha, Pasrah..

p/s : Untuk pengetahuan semua, anda perlu mengambil pakej Terapi Aura di dalam Ilham Sejati dahulu baru anda akan diberi ilmu TENDAI secara PERCUMA.. Hanya peringkat Dasar sahaja.. Klik Sini untuk penjelasan lanjut..


Khamis, 13 Mac 2014

KEMANA MH370?


Salam semua,

Hampir seminggu sudah berita kehilangan kapal terbang MH370 milik MAS dilaporkan hilang secara "misteri", tiada berita dan petunjuk yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Seluruh dunia gempar dengan berita ini. Semua turun padang membantu. Masing-masing dengan cara dan kaedah semampunya.

Di laman sosial facebook, terlalu banyak spekulasi dan "momokan" cerita-cerita terkini yang nak update tentang isu MH370. Ada yang betul dan banyak yang tipu belaka. Yang lebih malang ada yang menjadikan isu ini untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Mengatakan orang itu salah, orang ini betul. Terngiang di telinga spekulasi dari teman-teman yang membuat andaian yang pelbagai. Yang kebanyakan adalah mengikut pemikiran dan perasaan sendiri.

Kemana sebenarnya MH370??

Ini yang membuatkan para bomoh mula memainkan peranan. Menilik kemana MH370 yang akhirnya menjadi bahan jenaka sahaja. Malaysia terpalit. 

Kita tidak perlu semua ini. Apa yang perlu adalah kita satukan hati-hati kita. Jangan disuruh saya untuk scan MH370 kerana saya bukanlah "scanner". Ketika ini dan disaat ini kembalilah kepada Maha Pencipta. Sucikan hati kita yang selama ini berkarat dek dosa-dosa yang dilakukan. Bertaubat sebanyaknya dan hentikan salah menyalah orang lain. Anda bukan tuhan untuk menghukum orang lain bersalah. Anda pun hamba yang banyak dosanya. Bertaubatlah..

Lakukan semampunya. Banyakkan doa, solat sunat, bacaan al-quran dan amalan-amalan lainnya. Letakkan pengharapan kepada Allah semata-mata. Ini yang mampu kita lakukan. 

Hentikan perkara syirik dan khurafat. Kembali kepada jalan yang benar. Tidak perlu scan, tidak perlu menilik. Cukup doa dan teruskan berdoa dengan bersungguh-sungguh..

Moga kita mampu berubah, Moga MH370 akan dijumpai..

Insya-Allah...

Yakin, Usaha, Pasrah..




Ahad, 9 Mac 2014

SAYA BUKAN BOMOH

Salam semua,

Moga anda beroleh kesejahteraan dan kesenangan sepanjang kehidupan anda..

Pertamanya saya mohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi hajat sesetengah dari anda untuk melakukan rawatan. Yang sebenarnya saya sangat sibuk dengan kerja hakiki saya. Jarang ada masa terluang dan seringkali terpaksa bekerja lebih masa.

Kesibukan ini mengHADkan saya bagi melakukan sebarang rawatan. Bagi yang benar-benar berhajat saya akan tolong semampunya atau saya akan berikan anda pilihan untuk mendapatkan rawatan daripada "anak murid" saya. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam soal rawatan dan insyaAllah dapat membantu anda. Beliau juga sebenarnya mempunyai pusat rawatan di Pahang.

Minta maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi hajat sesetengah daripada anda. Untuk pengetahuan semua saya tidak menyediakan sebarang rawatan  sebab saya tidak membuka sebarang pusat rawatan. Saya cuma menolong sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. 

Ada juga yang meminta tolong untuk "lihat-lihat" jika ada sebarang gangguan. Saya tegaskan sekali lagi, SAYA BUKAN BOMOH yang dapat melihat alam ghaib secara nyata. Saya hanya pengamal REIKI yang minat dan mempraktikan REIKI dalam kehidupan seharian sekaligus membantu anda memahami ilmu ini secara serius. Saya hanya berkongsi ilmu Reiki dengan anda. Saya bukan seorang bomoh..

Alam ghaib bukanlah alam yang boleh dilihat-lihat sesuka hati. Ada kalanya jika saya tidak mahu melihat maka mata ini mampu melihatnya dan sebaliknya jika hendak melihat tidak mampu pula. Ini kelebihan dan kekurangannya. 

Saya akan terus berkongsi dengan anda ilmu Reiki sebabnya saya rasakan ilmu ini sangat mudah dipraktik berbanding ilmu-ilmu yang lainnya. Anda boleh rasakan perbezaannya. Hubungi saya untuk pakej REIKI yang menarik..

Sekian dulu..

Saya tegaskan sekali lagi SAYA BUKAN BOMOH..


Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 4 Mac 2014

REIKI ADALAH ILMU TENAGA


Ilmu Reiki adalah ilmu tenaga. Reiki itu sendiri bermaksud "tenaga alam semesta". Tenaga alam semesta sangat hebat dan ia tidak akan habis-habis. Ia infiniti. Seperti mana yang kita tahu, hukum tenaga menyatakan tenaga tidak boleh dicipta, dimusnahkan tetapi boleh dimanipulasi. Manipulasi di sini bermaksud anda boleh gunakan tenaga sebagai medium meraih apa sahaja HAJAT yang anda inginkan.

Ia tidak semudah itu tetapi secara teorinya tenaga boleh dimanipulasi mengikut niat. Apa jua niat, anda boleh meraihnya dan menjadikannya sebagai realiti. Tenaga akan menjalankan peranannya di "demensi tenaga". Apa yang penting adalah sejauh mana anda mampu untuk manipulasinya. 

Dengan mempelajari Kundalini Reiki, anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan tenaga alam semesta semaksimumnya. Selama anda konsisten mengamalkan Kundalini Reiki, selama itu juga tenaga alam semesta menjadi "kawan baik" anda. 

Kundalini Reiki mudah diamalkan berbanding ilmu-ilmu tenaga yang lainnya. Anda hanya niat dan rasakan sensasi tenaga mengalir. Ia boleh dipelajari oleh siapa sahaja bahkan kanak-kanak berumur 8 tahun pun mampu mempelajarinya. Tiada sebarang amalan khurafat dan syirik di dalam Kundalini Reiki. Sebagai pengama Kundalini Reiki, kita hanya berserah dan pasrah kepada Tuhan. Tiada daya upaya untuk kita kecuali yang telah ditetapkan-Nya. 

Untuk mempelajari Kundalini Reiki atau ada sebagai persoalan sila sms saya di 013-9053982 atau pm di Facebook saya..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...