Jumaat, 25 April 2014

INIKAH JAWAPAN KE MANA MH370????


Petikan hadis di atas adalah petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Ynag Lupa). Adakah hadis ini menjawab soalan kemana MH370??

Hampir 2 bulan kehilangan MH370. Ia membinguungkan kita semua sehingga tiada jawapan PASTI untuk menjawab "KE MANA MH370?"

Kita perlu muasabah diri dan bertaubat. Ini ujian dan ini peringatan kepada kita daripada Raja Segala Makhluk yakni Allah. 

Moga kita tersedar dan bangkit dari tidur. Jangan menyalahkan orang lain. Jangan memfirnah dan mengadu domba. Mulut adalah fitnah terbesar manusia jika tidak dijaga.

"YA ALLAH LINDUNGILAH RAKYAT MALAYSIA DARIPADA FITNAH DUNIA.."

Yakin, Usaha, Pasrah....




BELAJAR REIKI SECARA HADIR DIRI

Baru-baru ini saya telah memberi attunemet/pengijazahan kepada seorang pelajar berasal dari Skudai Johor.. Berikut foto yang sempat diambil...




Nama beliau Encik Kamarul Ariffin Bin Khamis. Beliau Merupakan seorang cikgu matematik (ada jugak cikgu nak belajar dengan aku...) 

Beliau sebelum ini pernah mempelajari Reiki secara jarak jauh tetapi tidak berpuas hati dan kurang memahami ilmu tersebut. Atas minat yang mendalam terhadap ilmu metafizik beliau membuat keputusan mempelajari sekali lagi secara hadir diri (face to face)..

Kami di Ilham Sejati sedaya upaya akan memberikan anda kefahaman di dalam mempelajari Ilmu Kundalini Reiki walaupun anda belajar secara Hadir Diri mahupun Jarak Jauh. Keduanya ada pro dan kontra. Namun begitu, ikut kemampuan dan keselesaan anda untuk belajar. 

Kefahaman itu datangnya daripada Allah. Kita hanya perlu ikhlas dalam menuntut ilmu. Insya-Allah dipermudahkan..

Yakin, Usaha, Pasrah..





Selasa, 22 April 2014

GANGGUAN KE??


Salam untuk semua..

Baru-baru ini saya mendapat mesej daripada seseorang meminta saya melakukan rawatan kepadanya. Beliau wanita berumur 35 tahun. Masalah rumahtangga dimana suaminya berusia 41 tahun  sering jauh hati dan mempunyai hubungan dengan seorang janda. Suaminya sering marah-marah dan hubungan tidak harmoni. 

Wanita itu meminta saya untuk "scan" dirinya dan suami sama ada terdapat gangguan jin @ syaitan. Mungkin sebab kesian setelah dirayu, saya melakukan aktiviti "scan" kepada mereka sekeluarga. Pertamanya saya bertanya amalan-amalan wajib sama ada cukup atau tidak. Seperti diduga, amalan mereka masih lompong.

Setelah di "scan", saya dapat mengesan sesuatu yang menggangu pada cakhra mahkota keduanya.. Jika cakhra mahkota terganggu menyebabkan Individu tersebut cenderung mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan hampa.

Suaminya juga mengalami gangguan di cakhra seks menyebabkan Individu tersebut cenderung memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi untuk kepentingan diri, seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah sering kelesuan.

Sama ada keluarga itu mengalami gangguan jin atau tidak, biar terpulang kepada Allah menentukan. Akhirnya saya buat keputusan tidak masuk campur tetapi saya berikan juga nombor telefon kawan saya untuk rawatan KLIK SINI 

Nasihat saya, kita jangan cepat menyatakan diri diganggu oleh makhluk itu, makhluk ini tetapi kita perlu muhasabah diri sendiri. Periksa sama ada hubungan kita dengan ALLAH terjaga atau tidak. Jangan cepat beranggapan buruk. 

Moga kita mendapat sedikit ikhtibar..Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Isnin, 21 April 2014

EBOOK PERCUMA


-eBOOK Rahsia Yang Hilang-

eBook ini akan diberi PERCUMA bagi anda yang belajar Kundalini Reiki bersama Ilham Sejati.. Insya-Allah eBOOK ini dapat serba sedikit memberi kefahaman kepada anda..







TESTIMONI ABDUL MAAHAD


Ahad, 13 April 2014

CARA MELAWAN SIHIR


Salam semua,

Saya nak berkongsi hari ini tentang sihir..

Dalam zaman moden sekarang masih ada mereka yang mengamalkan sihir.. Orang kita bila dengki sikit mula dalam jiwa akan timbul perasaan nak kianat pada yang didengki.. Hati orang ini sakit sehingga jadi gelap dan hitam legam umpama kuali.. 

Sihir sinonim dikaitkan dengan gangguan secara batin kepada seseorang demi untuk membalas dendam, dengki atau apa sahaja. Gangguan ini selalunya bertujuan menyakitkan seseorang dengan bantuan syaitan.. 

Langkah pertama jika disihir adalah JANGAN buat tuduhan melulu mengaitkan diri disihir oleh si fulan si fulan. Anda perlu BERSABAR dan anggap ini adalah ujian daripada Allah. Setiap kesakitan akan dibalas ganjaran PAHALA jika kita BERSABAR.

Anda perlu kembali kepada Islam sebenar. Bertaubat dari segala dosa dan kembalilah kepada fitrah Islam sebenar. Minta bantuan daripada pengamal perubatan beragama ISLAM. Selidik dahulu amalan pengamal sama ada mengikut cara Islam atau sebaliknya. Banyak sekarang hanya pandai bermuka-muka.

Amalkan mengaji Al-Quran secara rutin dan seterusnya memahami setiap bait kata-kata Al-Quran. Terokai dan penuhkan dada dengan ilmu Al-Quran. Jika tidak pandai maka belajarlah. Biar kita "bertatih" dalam membaca Al-Quran. Insya-Allah pasti ada ganjarannya jika ikhlas.

Lakukan solat sunat secara rutin. Biar sikit tetapi konsisten. Ini sebagai benteng dari serangan sihir berterusan dan seterusnya melembutkan hati agar dekat kepada Islam. 

Penuhi hari-hari dengan berzikir. Zikir dengan hati dan bukan sekadar dimulut. Hayati zikir yang dialunkan. Rasai setiap zikir yang dibaca.

Seterusnya serahkan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Pasrah dan Tawakal kepada-NYA. Tiada kuasa yang sempurna melainkan-NYA. 

Sihir yang dikenakan kepada kita bagai tali yang menjerut leher dan mengheret kita jauh dari Islam, jauh dari Allah. Sihir juga adalah ilmu tenaga. Tenaga sihir jika dapat dirasa seperti "tusukan" ke hulu hati. Ia mengganggu sistem cakhra manusia normal. Akan berlaku kebocoran atau kesumbatan dimana-mana cakhra seterusnya menyebabkan orang yang disihir akan mengalami penyakit-penyakit fizik seperti kanser. 

Insya-Alah di Ilham Sejati, anda akan diajar Ilmu Tenaga yang dapat digunakan bagi memberi tubuh anda "BENTENG" semulajadi tanpa sebarang pengaruh negatif. Anda akan diajar membuat PEDINDING sendiri pada rumah dan seterusnya melakukan PEMBERSIHAN dari sebarang tenaga-tenaga negatif. Anda akan lebih PEKA terhadap tenaga di sekeliling. 100% dijamin tiada pengaruh jin atau syaitan..

Yakin, Usaha, Pasrah..



Jumaat, 4 April 2014

KUNDALINI REIKI PLUS TENDAI


Latihan KUNDALINI REIKI dan TENDAI berbeza tetapi memberi kesan “IMPAK MAKSIMA” kepada pengamalnya.

Tendai adalah tenaga universal + tenaga manusia = tenaga tendai, berbanding Reiki yang 100% menggunakan tenaga alam semesta (tenaga universal)

Jadi rugilah belajar REIKI!!!???

Jangan cepat buat andaian “khurafat”!!!

Latihan Tendai meningkatkan tenaga dalam manusia untuk menyatu dengan tenaga universal. Dalam proses ini, kita bertanggungjawab untuk melakukan latihan wajib 21 hari bagi tujuan “pembersihan” yang dilakukan sedikit demi sedikit dari hari yang pertama hingga hari ke-21.

Dalam proses “pembersihan” ini, seluruh cahkra utama dibersihkan secara total. Namun begitu, latihan 21 hari ini tidak boleh putus sama sekali. Jika “ponteng” latihan, perlu diulang semula dari hari pertama. Komitmen pengamal perlu 100% semasa latihan ini. Maka ramailah pengamal Tendai terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan ilmu tenaga akan give up awal.

Berbanding Kundalini Reiki semasa proses attunement atau pengijazahan ilmu, cahkra utama pengamal telah dibersihkan secara total. Segala sekatan pada laluan cahkra dibersihkan umpama membersih laluan air yang tersumbat. Tenaga akan meluru secara pantas dari cahkra dasar hingga ke cahkra mahkota (bergantung kepada level) dan ini membolehkan semua cahkra terlibat dibersihkan secara total dan semulajadi. Komitmen pengamal adalah sangat minima.

Jadi dengan mempelajari Kundalini Reiki, pengamal mudah untuk meningkatkan kemampuan mengalirkan tenaga umpama pintu masuk tenaga telah dibuka luas hanya menunggu masa untuk dilancarkan. Ilmu Tendai menguatkan lagi kemampuan ini. Dengan gabungan Kundalini Reiki plus Tendai, pengamal akan mampu meningkatkan kemampuan spiritual ke level yang lebih tinggi.

Kami di Ilham Sejati memberikan anda peluang membelajari kedua-dua ilmu ini dengan mahar yang cukup rendah. Paling RENDAH di Malaysia. Malah terdapat bonus-bonus tertentu yang akan diberikan secara PERCUMA.

Insya-Allah anda akan dibimbing sehingga pandai.

Sekian dulu..


Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...