Ahad, 31 Januari 2016

KURSUS BIOENERGI SUKSES

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua..

Saya berharap anda berada pada keadaan sihat dan bertambah kaya dan berjaya..

Tahun 2016 menampakkan keadaan ekonomi yang semakin parah dan nilai wang kita semakin menyusut.. Semakin ramai yang terkesan dengan fenomena ini.. Ada yang diberhentikan kerja.. Kita semakin sukar untuk menabung.. Kerja 10 tahun tapi nak simpan RM1000 setahun pun sukar.. Kita berada pada tahap kritikal jika tidak mengambil sebarang tindakkan.. 

Kami di Ilham Sejati menyediakan modul istimewa untuk anda mengubah persepsi anda tentang kekayaan.. Semua orang berhak untuk menjadi kaya.. Setidak-tidak pun dapat keluar dari kehidupan hutang keliling pinggang sudah memadai.. 

Saya namakan modul ini sebagai "Bioenergi Sukses"..

Secara mudahnya modul ini akan mengajar anda untuk mengaplikasikan kuasa minda diri anda dan energi alam menyatu bagi memudah cara anda menarik kekayaan dari pelbagai sudut.. 

Antara modul yang akan dikongsi adalah :
  • Rahsia hukum tarikan
  • Rahsia kuasa Aura
  • Rahsia minda manusia
  • Gelombang otak alpha dan theta
  • Rahsia hilangkan stress dalam 5 minit
  • Rahsia doa
  • Kuasa visualisasi
  • Kuasa affirmasi
  • Teknik ibu emas
  • Teknik "wallet magnetik"
  • dan banyak lagi
Anda juga akan diselaraskan dengan kuasa Bioenergi Sukses  secara percuma..

Saya juga akan kongsikan rahsia pendapatan pasif dengan anda..

Mahar RM50 sahaja.. 

Ubah kewangan anda, ubah diri anda..

Yakin, Usaha, Pasrah..


Khamis, 7 Januari 2016

TESTIMONI PELAJAR REIKI ILHAM SEJATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Di atas adalah testimoni daripada master Norzaida, salah seorang pelajar daripada Ilham Sejati. Pelbagai lagi faedah yang akan muncul jika kita istiqomah mengamalkan ilmu Reiki. Yang penting adalah usaha keras dan tidak kenal putus asa. Insya-Allah pasti berjaya.

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..
 


Isnin, 4 Januari 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016 - TAHUN MENCABAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2016. Saya doakan para pembaca kaya dan berjaya.

Ura-ura menyatakan tahun 2016 adalah tahun mencabar dari segi kewangan. Kekangan dari segi kewangan telah dilihat bermula semenjak wujudnya GST di negara kita. Harga barang bercanak naik walhal gaji masih tetap tidak berubah. Ia memang pahit untuk ditelan.

Gaji RM2000 kebawah akan amat-amat terasa di dalam situasi kewangan yang mencabar ini. Malah yang bergaji tinggi juga akan terbeban. Kelihatan ramai yang akan "diberhentikan" kerja secara paksa atau sukarela. Duit akan semakin menjauh daripada orang-orang sebegini (jangan marah pulak).

Apa yang saya cuba nyatakan adalah, kita semua akan terbeban tanpa mengira berapa jua gaji kita, dimana kita tinggal dan apa jua pekerjaan kita. Kita akan terus-terusan terbeban jika kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masalah di atas. Jika anda terus beremosi dan menunding jari kepada orang lain, maka anda adalah orang yang gagal. Saya boleh jamin anda akan cepat "stress" dan duit tidak akan pernah cukup walaupun anda melakukan 3 perkerjaan dalam sehari.

Jadi apa cara penyelesaiannya??

Bak kata "frozen" - "LET IT GO"

Biarkan apa jua akan berlaku, biarkan sahaja.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir hidup ini susah maka anda pasti susah.

Anda perlu tukar "mind set" anda. Fikirkan yang baik-baik sahaja.

Anda sahaja yang boleh mengubah nasib diri anda. Ubah ia jadi baik. Yakin dan buat sahaja.

Insya-Allah anda akan berjaya.

Sekian dulu.

Yakin, Usaha, Pasrah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...